TIP-TIP DAN CARA BUAT STOK DAGING LEMBU:
Ibu sos berwarna kehitaman, brown sauce atau “sauce espagnole” dalam bahasa Perancis. Brown itu warna Coklat..jadi kita gunakan perkataan “brown” itu yea mcm perkataan “kari”. Buat brown sauce kita perlu sediakan stok dari tulang lembu cara buat stok daging lembu yang kehitaman dan juga roux berwarna brown.
Ia tak sama seperti sediakan stok ayam untuk ibu sos “Bechamel” atau sos putih.Kita belajar buat stok dulu daging lembu, cara buat roux lebih kurang sama dengan Roux white sauce, cuma kita perlu masak lama sehingga tepung dan butter itu bertukar warna brown.
TIP-TIP DAN CARA BUAT STOK DAGING LEMBU:
1. Beli 2 kg tulang lembu yang masih melekat lagi daging sikit. Tulang terbaik ialah bahagian kaki dan juga bahagian sendi lembu kerana di sini lah banyak sekali Collagen terkumpul. Tulang perlu dipotong untuk rongga tulang kelihatan.
2. Beli 1/2 kilo daging tetel yang ada urat dan lemak.
3. Untuk tambah perisa stok kita tambah 2 biji bawang kuning sedehana besar yang di potong empat + 1 -2 btg Karot dipotong 2 inci + 2 btg celery besar + 3 ulas bawang putih.
4. Untuk aroma pula kita gunakan 2 susu besar daun Thyme / daun parsli + 2 helai daun bay leaf dan 10 biji lada hitam.
CARA-CARA:
1. Panaskan oven (pre-heat) pada suhu 220C. Cari tray tinggi sedikit seperti tray s/s hidangan katering. Sapukan minyak pada permukaan bawang, karot dan bawang putih. Masukkan semua bahan di atas kecuali celery dalam tray pembakar dan bakar selama 40 minit. Sebelum 40 minit perhatikan daging dan tulang tidak boleh hangus jadi arang. Bila anda haba panas akan hanguskan daging..turunkan suhu oven anda kepada 170 atau 150C. Hangus jadi arang tidak dibenarkan dalam masak stok ini.
2. Bila siap bakar, keluarkan semua bahan tadi dan masukkan dalam “stok pot” yang boleh muat 10 liter. Kuantiti air rebusan daging ia lah dua kali ganda paras tulang dalam stok pot. Pada permulaan tinggikan api dapur sehingga air stok mendidih. Selepas mendidih rendahkan api dapur dan “reneh”. Renehan terbaik ialah 6-8 jam dan minima masa reneh ialah 3 jam.
3. Bekas tray yang telah bakar pasti kerak melekat di pemukaan tray itu. Ambil 1/2 cawan air mendidih dan tuang dalam tray dan kikis. Kikisan bersama air itu masukkan dalam renehan stok.
4. Bila cukup tempoh waktu…keluarkan semua bahan dan tulang dari stok pot, tapis air stok ini dengan kain mamak haji guna kain napkin bayi yang baru..sepatutnya guna cheese cloth tapi payah nak cari). Bila sejuk boleh lah masukkan dalam peti sejuk. Satu permukaan lemak akan terbentuk bila stok ini disejukan. Permukaan lemak ini adalah pelindung untuk stok anda tahan lama. Tetapi cuma bertahan 3 atau 4 hari. Kalu nak tahan lama cedok lemak ini dengan sudip, tapi jgn buang… simpan utk goreng sayuran.Stok yg dibekukan boleh tahan 1-2 bulan.
5. Memang remeh buatnya tapi sekali anda buat simpan stok ini..anda mudah utk sediakan brown sauce pada bila-bila masa saja. Tamat lah bahagian stalk -stok ini..bab akan datang kita sediakan brown sauce dan demi glaze.
