Salam..ada sesiapa teringin resepi apom lenggang atau Apom India atau pun apom manis kah?..Apom ini adalah sarapan pagi yg amat di minati kaum India. Kebelakangan ini apom ini sudah sinonim dgn orang Melayu sebagai kueh. Biasanya orang India lebih suka makan apom ini dengan santan cair dan gula, ada-kalanya mereka makan dengan sambal kelapa/ chutney atau dal. Kalau nak buat apom ini kena ada kuali kecil biasa atau pun kuali tak melekat/ non-stickable. Kalau ada sahabat Fb yg nak cuba..tolong klik like. Tak lah penat tulis resepi yg tak diminati!. Lagi pun takat buat kueh ini mamak haji cuma tau buat kueh-muih yg kesukaan golongan Mamak je…terutama org kerala atau Malabari amat suka apom ini. Sila perhatikan kuali 8″, warisan mamak haji yg dah hampir 30 tahun ini. permukaan kuali ini licin seperti cermin..tapi kini kuali tak melekat banyak dipasaran dgn harga yang murah sekarang.
RESEPI APOM LENGGANG/ APOM MANIS/APOM INDIAT/HENGAI PAL APPAM.
- 1 cawan beras.
- 1 cawan nasi sejuk.
- 1/4 cawan urad dal/kacang tosai/ulundu (yg putih).
- 1 sudu kecil halba.
- 1/2 sudu besar (tbsp) gula.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau cukup rasa.
- 1/2 sudu kecil baking soda atau 1/2 sudu kecil (tsp)yis segera kering.
- 3 sudu besar(tbsp) santan pekat.
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras sehingga bersih dari kanjinya dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 4-6 jam. kacang tosai atau urad dal dan juga halba perlu direndam (soak) berasingan. Selepas tempoh rendaman, basuh kembalu beras, urad dal adan juga halba. Mulakan kisar kacang tosai/urad dal. jadikan pes halus dan asingkan. Kisar pula diikuti dengan halba, jadikan pes dan asingkan. Kisaran beras perlu lakukan dgn air yang digunakan untuk kisar sedikit demi sedikit supaya adunan ini seperti adunan tosai atau kueh apom merekah.
2. Ambil 3-4 sudu besar hasil kisaran beras dan diadunkan dengan 1 cawan air. Masak campuran ini dgn api kecil sederhana. Sebatian mula memekat dan menjadi seperti nestum makanan bayi, keluarkan dari dapur dan biarkan ia sejuk. sekarang adunkan semua bahan seperti pes kacang tosei, pes halba dan pes beras ini dengan adunan beras yg telah kisar. adun rata. sekarang adunan anda dah sedia untuk difermantasi/tapaikan sekurangnya 12 jam. Makananya kalau anda fermantasikan pukul 6:00 ptg esok Pukul 6:00 boleh lenggang adunan ini.
3. Bila sedia untuk lenggang, tentukan adunan anda cair sedikit seperti adunan tepung roti kirai atau kuih ketayap. Tambahkan air sedikit jika perlu. Pada masa inilah anda perlu masukkan gula, garam dan baking soda dan santan kedalam adunan itu, kacau sebati dan tunggu 15 minit. Ok anda dah boleh…lenggang kali lenggang.
