SOALAN: UNCLE MAMAK HAJI KENAPA ORANG INDIA PUN GUNA JARI JUGAK UNTUK MAKAN?. – Sheila Mani dari KL.
Bila mamak haji tulis mengenai jamu makanan dengan tangan mengikut sunnah Nabi Mohammad SAW ..ada sahabat Fb dari Agama Hindu pulak hantar pm bertanya..”kenapa pulak orang India pun perlu dan dilatih makan dengan tangan”. Adehhh pening kepala dibuatnya. Ini kerana hal makan kena jawab juga soalan sahabat ini..nasib baik tak tanya bagaimana susun makanan dalam, “thali”, Thali sejenis pingan makan yang besar hampir 18″ diperbuat dari stainless digunakan untuk hidangkan segala jenis makanan dalam satu pinggan mengikut sebuah jam. Contohnya, seperti garam diletakan pada 12:00, sebelah kiri garam pulak diletak chutney atau jeruk limau nipis dan di sebelah kanan pulak sayur-sayuran dan seterusnya. Bagi orang India makan di atas daun pisang pun ada tata-susila dan caranya, seperti basahkan dulu daun pisang sebelum dihidangkan lauk pauk. Dan susunan makanan akan ikut urutan sistem ,” Thali ” juga.
FUNGSI TANGAN SECARA ROHANI:
Tangan bukan saja digunakan sebagai organ untuk pergerakan tetapi tangan juga berkait rapat dengan “kerohanian” manusia. Dengan itu kita gunakan tangan untuk bersalam untuk mengeratkan siratul rahim..kenapa kita bersalam..kenapa perlu makan menggunakan tangan?. dalam kajian sains ayurvedic atau cara pengubatan ayurvedic yang berasal dari India beribu tahun dahulu mengatakan, tangan bertindak sebagai “pengalir/ conduit ” bagi lima elemen dalam tubuh badan yang menghubungi alam semesta. Ibu Jari mewakili – Alam semesta , Jari penunjuk mewakili – Bumi, jari hantu (tengah) mewakili Api, jari cincin mewakili – Udara dan jari keliking mewakili – Air. Maka kelima-lima tenaga ini alirkan kepada makanan yang kita makan dengan tangan dan serentak menghidupkan panca- indera kita lihat, hidu, dengar, rasa dan sentuhan untuk merasa makanan ini. Jadi dlm hidangan thalu diasingkan rasa makanan supaya mendapat tenaga maksima untuk tubuh badan. Hebat kurnia Allah SWT untuk Manusia dengan sebab itu jangan lupa baca “Bismillah” sebelum makan dan “alhamdulillah” sesudah makan..jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur…Subahana Allah.
