Quantcast
Channel: PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN
Viewing all 141 articles
Browse latest View live

RESEPI: CAKOI.

$
0
0

 

GARAM AMONIA DAN ALLUM (TAWAS)

GARAM AMONIA DAN ALLUM (TAWAS)

RESEPI: CAKOI:
Seperti mamak haji katakan versi pengubai-suai dari resepi asal banyak terdapat di negara ini..terutama nya resepi kueh Melayu seperti Pak Tongko atau Batang koh yang di makan bersama dengan sambal kacang, ada yang terlalu manis seperti roti manis. Jadi jangan keliru dengan resepi asal ini. Kalau anda suka cara kueh Melayu..dipersilakan yea..tak semestinya resepi orang lain sedap. Lain Padang Lain belalang..lain orang lain cara masaknya..lain selera nya.BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 250gm. Tepung Gandum.
- 1 cawan air suam.
- 1/4 sudu kecil yis segera (mauripan).
- 1/2 sudu kecil baking soda.
- 3/4 sudu kecil Allum (tawas).
- 1/2 sudu kecil garam amonia.
- 1 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu kecil gara.
- Minyak cukup untuk goreng, Sekurangnya 2-3 inci dalam kuali.

1. Anda memerlukan dua mangkok untuk adunkan bahan-bahan ini. Dalam satu mangkuk anda isikan dua sudu besar air suam ( dari 1 cawan air). Isikan kristal allum dan cairkan menjadikan larutan. Kristal yang tak larut dibuang.
2. Dalam satu mangkok yang lain anda masukan air suam dalam 2 besar (air suam dari 1 cawan), isikan baking powder, soda dan juga garam. Tindak balas akan berlaku menjadikan larutan ini berbueh. Masukkan sekali larutan allum yang disediakan dalam mangkok pertama garam amonia.
3. Dalam bekas lain masukkan yis, gula dan 1 sudu besar air suam. Tunggu dalam 5 minit.
4. Buatkan kolam ditengah tepung dan masukkan larutan dari mangkok Baking powder, soda, allum, garam dan garam amonia. dan juga yis dan gula. Kita buat proses ini untuk tepung tidak melekit semasa uli.
5. Mulakan ulian. Ulian perlu cepat cuma dalam 2-3 minit saja kerana kita tidak mahu gas dibebaskan di udara. Sebenarnya kita perlu gas itu berada di dalam tepung sehingga kita goreng.
6. Bila doh dibentuk..bahagikan kepada dua bahagian yang sama. Sapu minyak pada kedua-dua permukaan doh dan masukkan dalam bag plastik dengan ketat. Supaya gas dari tindak-balas tidak terkeluar. BIARKAN SELAMA 4 JAM. Sekali sekala dalam 30 minit picit-picitkan bekas plastik.

CARA PENYEDIAAN:
CAKOI CUBAAN PERTAMA

CAKOI CUBAAN PERTAMA

Jom kita sambung sikit lagi cara penyediaan doh untuk goreng:

1. Selepas keluarkan dari bungkusan tarik doh itu jadikan 4 inci panjang dan 3 inci lebar. Kedua doh yea.

2. Letak doh leper itu di papan golek dengan di salut tepung supaya bila golek tak melekat. Leperkan doh itu dengan pengolek ke 1/2 inci ketebalan, 4 inci lebar dan 12 inci panjang. Biarkan ia rehat dalam 10 minit dengan ditutup dengan kain yang lembab. Saiz sama juga sama dengan satu lagi doh.

3. Panaskan minyak dalam kuali sekurang-kurang dalamnya 2-3 inci.

4. Potong 3 keping secara lintang kedua doh yang telah leperkan pada 12 inci. Salatu doh yang leper itu bruskan dengan air. Dan tindihkan kedua-dua doh yang telah leperkan. Kita sebenarnya melekatkan kedua doh itu.

5. Potong selebar 2 inci setiap potongan tadi. Anda akan perolehi 6 keping doh yang leper bersaiz 2 inci lebar, 4 inci panjang dan 1/2 inci tebal. Saiz terpulang anda. Potongan lebar dua inci itu, ambil sebuah lidi yang telah basah (kalau kayu penyepit lagi terbaik) dan tekan di tengah-tengah. Doh anda siap untuk digoreng.

6. Sebelum goreng tentukan minyak di kuali betul-betul panas (180C). Tarek doh anda dari 4 inci kepada 8 inci dan masukkan dalam minyak panas. Apabila timbul saja gorengan anda cepat-cepat terbalikkan dia..begitulah seterusnya . Masa gorengan cuma 2-3 minit saja. Insha kali pertama mingkin bentuk tak berapa jadi..dengan sebab itu mamak haji berikan kuantiti yg kecil. Bila dah mahir tambah saja nisbah yang sama..selamat mencuba..ini gambar mamak haji mula-mula try buat cakoi ini..setahun lepas. Alah bisa tegal biasa.



RESEPI: CENDOL BUAT SENDIRI.

$
0
0
cendol yang telah siap

cendol yang telah siap

Assalamualaikum..salam sejahtera untuk rakyat 1 Malaysia..tengah hari ini cuaca panas..macam mana kita pekena cendol istimewa hari ini?. Buat cendol sendiri ini amat mudah dan cepat..cuma bahan-bahan kena ada. Tapi tak apa ambil resepi, beli bahan-bahan, buat bila ada cuti…makan puas-puas cendol buatan sendiri bersama dengan keluarga. Cendol ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa bukan Hak Mutlak Mamak yea. Di India tak ada cendol..ini resepi rumpun Melayu. Dalam kurun ke-18 peniaga-peniaga Mamak yang di tanah Jawa membawa resipi ini Ke Pulau Pinang dan Singapura semasa mereka berhijrah ke Tanah Besar Tanah Melayu atas galakan Penjajah British dalam memajukkan Pulau Pinang dengan cara membawa masuk golongan peniaga. Dari dulu lagi orang Melayu suka bantu bangsa lain berniaga dan suka sangat kutip duit Tol. Walau pun resipi Cendol telah berubah mengikut peredaran zaman dan ia tetap menjadi kegemaran Makanan desert bagi semua kaum di-Malaysia, di Indonesia, Singapura dan Brunei, Thailand dan lain-lain negara di asia tenggara. Dalam resepi cendol mamak haji perkenalkan dua jenis tepung untuk bahan asas satu menggunakan tepung kacang hijau dan satu lagi,  menggunakan tepung BERAS bersama dengan tepung “ HOEN KWE “..sahabat kenal kan tepung ini?. Tepung sangat popular untuk buat kuih di Indonesia seperti kueh pelita. Kalau takat berniaga tak perlu gunakan sangat tepung ini..ganti dengan tepung ubi atau jagung pun ok juga. Tapi biaq cendol kita buat makan di rumah, “Biaq sama tapi tak serupa”…hahaha!.

AIR KAPUR : 
Bila sebut air kapur ramai yang salah anggap. Ada yang ambil kapur sireh itu masukkan terus dalam resepi. Akhirnya bila siap.. rasa hidangan terasa kapur dan lidah terasa panas dan lidas. Apa itu sebenarnya air kapur?. Sukatan air kapur atau air kapur sirih yang terdapat dalam resepi-resepi  Indonesia sebenarnya disediakan seperti ini: masukkan kapur makan atau sirih itu dalam sebuah gelas..kalau paras kapur nya 1 bahagian, gunakan paras air 2 bahagian. Bancuh airnya. Biarkan ia mendak. Yang air yang di atas itulah dinamakan AIR KAPUR. Jangan gunakan kapur yg mendak tu yea. Biasanya air ini kalau dibiarkan semalaman anda akan dapat hasil yang terbaik. Air kapur biasanya digunakan buat cendol, kueh rempeyek atau tepung goreng pisang. Bila gunakan airnya saja..anda tidak rasa bau kapur atau lidas lidah anda.  Apalah mamak haji air kapur pun bagi tau jugak kah?..Ini ada sebab kerana tak salah anggap bila buat resepi cendol nanti..Jom kita tengok resepi cendol.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.

Tepung yang telah sedia masak untuk jadikan cendol.

Cendol guna alat pembuat muruku

Cendol guna alat pembuat muruku

  • 125gm tepung beras (1 cawan).
  • 20gm tepung Hoen Kwe.
  • 50gm tepung ubi/kanji.
  • 200ml air pandan (2 cawan).
  • 3/4 sdm. Air Kapur.
  • 1 sudu kecil garam.
  • secubit pewarna hijau.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Untuk mendapatkan Air Pandan,potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda putarkan.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol. 7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.

 


FUNGSI YIS, BAKING POWDER DAN BAKING SODA DALAM PROSES PENGEMBANGAN.

$
0
0

Mamak haji ingin terangkan sedikit pengetahuan menegenai sains masakan asas dengan cara yang paling mudah untuk anda semua memahami. Tentang kegunaan Yis, Baking Powder atau serbuk penaik dan Baking Soda.

Ketiga-tiga bahan ini di gunakan dalan tepung gandum. Sebelum kenal dengan bahan-bahan penegembangan ini, kita kena faham tentang apa itu tepung gandum?. Apa sifatnya?. Biji gandum yang tepung itu ada tiga jenis: 1. Gandum lembut – digunakan untuk roti dan batters 2. Gandum keras – digunakan untuk roti yang gunakan telur dan yis 3. Drum – terkeras, digunakan buat pasta.

Jenis-jenis tepung gandum untuk masak –

*Tepung serba-guna (all purpose flour) biasanya digunakan kebanyakan resepi dan memekat sup dan sos barat. Kandungan protein 10 – 12%.

*Tepung Roti (Bread Flour) peratus kandungan protein 12 – 14%. kandungan gluten yang tinggi.

*Tepung Kek 6-8% protein kandungan gluten yang paling rendah. *Tepung seminola/Durum – kandungan gluten yang paling tinggi. Setiap jenis tepung mempunyai ciri dan sifat yang berlainan. Apa yang di maksudkan dengan “gluten”?.


Gluten bermakna –  protein yang panjang dan paling besar yang mengandungi atom sulfur (belerang). Protein yang bergulung antara satu sama lain dengan bantuan atom belerang. Protein ini boleh bergerak dengan mudah dibantu oleh Gliadins yang bertindak sebagai pelincir diantara dua protein ini. Dengan sebab ini gluten digelar, “urat tepung”. Gluten juga bantu simpan udara di dalam roti dan doh.

Sekarang Anda dapat jawapan, kenapa tepung untuk roti canai itu perlu di uli betul?. Bila kita lakukan ulian sebenarnya kita pindahkan atom belerang (sulfur) ke penghujung rantaian protein dengan ini tepung jadi lebih kental dan berelastik. mcm Lastiklah tu.  Lagi lama kita uli  lagilah jadi elastik tepung itu..maka bila ia ditebar ia tak akan koyak dan mudah untuk kembang. Hasil roti bertambah sedap. Taiap bahan tambahan didlam doh ada fungsinya seperti:

  • Garam – Apa fungsi di dalam doh tepung? – garam membantu rangkaian gluten dengan merapatkan kedua-dua protein tepung yang panjang dan yang besar.
  • Gula – membantu untuk hadkan aktivit gluten dalam doh.
  • Minyak atau Butter _ melemahkan kekuatan bonding antara gluten. Senang cerita melembutkan doh.

Ok kita pergi kepada bahan leavening atau bahan pengembangan tepung dan hasil gorengan kita menjadi ringan. Bahan mana satu yang perlu digunakan Yis atau soda atau baking powder..sebelum kita buat keputusan, kita kena tahu sifat ketiga-tiga bahan ini. Tanpa mengetahui sifatnya, kita tidak boleh meraba untuk dapatkan keputusan baik.

1. Pengenalan kepada Yis:
Yis adalah kulat..kulat adalah tumbuhan yang hidup. Ingat ini. Sebenarnya menggunakan yis dalam tepung untuk masakan kita sebenarnya hidupkan yis atau di gelar proses fermentasi. Yis sebenarnya akan gunakan kabohiderat (gula) dalam tepung dan membebaskan gas karbon dioksida. Karbon dioksida yang dibebaskan yis akan meninggalkan ruang udara dalam doh atau tepung. Ruang ini yang menjadikan tekstur kueh atau roti kita ringan. Bila yis gunakan gula dalam tepung, gula akan bertukar menjadi alkohol. Alkohol inilah memberikan kesedpan kueh atau roti kita. Tapi jangan fikir sangat pasal alkohol ini, kerana bila kenakan haba panas dalam oven atau goreng alkohol ini akan sejat dan hilang dalam makanan itu.
Yis untuk hidup perlukan gula atau kanji untuk hidup dan akan biak cepat. mka dengan sebab inilah bila guna yis disarankan ambil sebuah bekas masukkan yis + gula dan sedikit air suam dan bancuh. Bila selepas 10 minit anda akan perolehi cecair air berbuih, maka cecair ini lah perlu masukkan dalam tepung dan di bancuh dan peram. Ini seperti kita beri booster pada yis supaya doh kita cepat kembang elok.

Seperti mamak haji katakan yis ini satu tumbuhan hidup maka ia perlukan keadaan sekeliling yang lembab dan suhu yang terbaik ia itu suhu di antara 42C – 46C. jadi anda dah tahu kenapa bancuhan itu kita gunakan air suam. Suhu yang terbaik gunakan yis untuk buah doh atau bancuhan dalam suhu sekeliling 26C – 35C darjah, Maknanya waktu pagi sejuk tidak sesuai.Yis tidak akan membiak dengan baik. kalau air panas suhunya tinggi dari 60C darjah Yis akan mati. Ok faham yea, kalau kita gunakan yis sebagai pembangkit kueh tidak boleh gunakan air didih untuk bancuhan tepung bertujuan melembutkan kueh cucur anda.

2. Baking Powder:

Perbedzaan di antara baking powder dan baking soda sebenarnya tak ada perbedzaan banyak. cuma kedua-duanya bertindak balas dengan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh atau adunan kembang naik. Cuma baking soda ialah sodium bicarbonate tulin tetapi baking powder adalah campuran baking soda dan cream of tartar yang asid dan bahan kekeringan seperti tepung jagung atau beras. Maka perlu faham ialah baking powder cuma perlukan air atau kelembaban udara untuk bertindak balas. Dengan sebab inilah bila anda gunakan baking powder cepat tutup tudung dan simpan. Kalau tak pakai )stok lama) perlu di uji dulu sebelum menggunakan. Ujian seperti ini: Ambil satu sudu kecil baking powder dan masukkan dalam 1/3 cawan air panas. Campuran perlu keluarkan bueh yang seperti mendidih sikit..kalau buehnya sedikit saja baking powder anda telah rosak. Jangan gunakan nanti hasilnya leper saja..jgn mengadu resepi orang bagi salah..salah ialah baking powder anda gunakan dalam bahan kek itu dah rosak.
Anda tahu kegunaan baking powder adalah tindakan kimia yang segera, maka anda tidak boleh peram bagi baking powder anda telah bebaskan gas kesemuanya sia-sia dalam buat doh, Tip keempat: Bila gunakan baking powder cepat goreng cucur anda.
Baking powder ini ada dua jenis satu single action dna satu lagi double action. Double action ini bila kenakan kepanasan seperti baking atau goreng akan bertindak balas lagi untuk keluarkan gas.

3. Baking Soda:

Kita sambung sikit saja tentang baking soda…Seperti mamak haji katakan baking soda ialah sodium bbicarbonate yang tulin. Bahan kimia ini adalah alkali. Seperti kita belajar di sekolah setiap bahan alkali yang bertindak dengan asid akan hasilkan gas karbon dioksida..karbon dioksida inilah akan mengembangkan kek atau kueh anda. Seperti baking powder dua bahan asid dan alkali telah sedia ada cuma perlukan air untuk bertindak balas. Tapi bagaimana pula baking soda ini?..dia ini perlukan keadaan asid untuk bertindak balas. Maka keadaan reaksi dan hasilan gas tergantung pada bahan asid yang kita gunakan…jadi dalam cucur jagung mana kita nak cari asid..boleh kah kita guna soda ini?..sekarang anda dah tahukan..bila guna soda tanpa perantara asid..maka datanglah serbuk krim of tartar. atau yogurt atau krim.dah anda dapat tau sendiri sekarang jawapan.
Untuk ujian soda ok tak ok…ambil setengah sudu kecil soda..dan titiskan air limau atau cuka satu atau dua titik..anda boleh luhat tindak balas kimia..kalu tak maka soda anda telah rosak. Orang suka guna soda kerana ruang atau gas yang dihasilkan oleh soda lebih banyak dari baking powder..dan ruang udara terbentuk dalam adunan atau doh lebih baik dan kental dari yis..tapi ia tidak gemari kerana berupaya tukar warna tepung dan bau yg tidak menyenangkan.

Soalan: ada sahabat bertanya, “mamak haji lupa tulis tentang kegunaan baking soda..betul juga. Mamak Haji berikan sedikit pencernahan tentang baking soda ini:
Baking soda ini sama seperti baking powder fungsinya memberi pengembangan dalam menghasilkan roti, kueh dan lain-lain bahan masak seperti goreng ayam bersalut tepung seperti kfc. Perbedzaan di antara baking powder dengan baking soda..baking soda menghasilkan pengembangan yang lebih dan ruang udara yang besar dari baking powder. Baking soda juga kembang semua hala, tetapi baking powder cuma mengembang naik ke atas saja. Kalu anda ingin ruang rongga besar dalam kuih seperti kueh anda pilih baking soda. Kalau nak yang halus pilih baking powder. Kalau anda pilih yis untuk kembangan lebih besar terpulang. Tapi perlu ingat..pengembangan besar dengan rongga udara besar tak boleh kekalkan masa kueh anda sejuk..maka anda kena ada baking powder juga membantu wjudkan rongga kecil untuk bertahan rongga-rongga udara besar itu semasa kueh anda sejuk nanti. Jadi anda pilih lah bahan pengembangan yang sesuai untuk kuih anda. Tetapi jangan pilih yang salah.


RESEPI: ROTI BUN BERINTI TUNA/SARDIN BERMAYONIS.

$
0
0

 

ROTI BUN SARDIN

ROTI BUN SARDIN

RESEPI: BUN BERINTI SARDIN (TUNA) BERMAYONIS:

Jom kita tengok resepi..mamak haji terus ke resepi..kalau ada soalan bubuh pii kat comment nanti mamak haji balas..kalau segan bertanya email..kalau segan juga mai kat Fb.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:

  • 1 sudu besar Yis kering segera.
  • 2 sudu besar air suam.
  • 1/2 cawan susu dutch lady penuh krim (beli kotak kecik je).
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 2 dan 1/4 cawan tepung berprotin tinggi.
  • 1 biji telur telah dipukul.
  • 1/4 cawan gula pasir.

Untuk hiasan di atas..bagi wangi, daun kering oregano (Flake) dan 1 biji telur ambil putih telur.

Bahan-Bahan Untuk Inti bun:

  • 1 tin sardin..cari yang paling murah..biasanya yang murah itu ikan dalamnya besar. Basuh kuah dia buang tulang jadikan Flake..
  • 1/2 cawan celery dihiris halus..beli sebatang dah cukup kat pasar.
  • 3 sudu besar mayonis..mamak pakai mayonis buatan mamak sendiri.
  • 1 biji bawang labu besar..di dadukan halus.
  • 1 sudu kecil mustard kalau ada ok..tak ada tak apa.
  • 1/2 sudu kecil garam..ikut rasa masin anda.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada.
  • 1 biji cili merah buang bijinya.

Cara menyediakan inti:
Panaskan kuali masuk minya satu sudu besar..goreng bawang layu, masukan semua bahan lain kecuali mayonis. Goreng. Bila sejuk masukkan mayonis dan kacau. Kalau lebih simpan dan esok buat sandwich.

CARA MENYEDIAKAN DOH ROTI BUN:

1. Cairkan 1 sudu besar yis dengan 2 sudu besar air suam , 1/2 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung. Kacau serata supaya semua dia adun dengan baik. Biarkan selama 10 minit.

2. Didihkan susu dan biarkan ia menjadi suam / yang kepanasan boleh rasa dengan jari. Masukkan 1/4 cawan gula, 1/2 cawan minyak dan garam. Adun campuran ini sehingga larut dan bentuk satu larutan. Bila gula telah larut masukkan 1 cawan tepung sedikit demi sedikit sehingga anda perolehi satu pes yang yang licin kilat yang tidak bergentel.

3. Masukkan 1 biji telur yang pukul, yis dan kacau sebati. Masukkan tepung yang baki dengan sedikit demi sedikit untuk jadikan doh.

4. Doh tadi melekit sapuan sedikit teung di kedua tapak tangan anda dan buat ulian. Uli dengan tapak tangan tekan ke bawah doh. Uli selama 10 minit. Ada akan dapat doh yang licin permukaan. Boleh tambah sedikit tepung masa ulian ini.

5. Biarkan doh rehat selama 1 jam dengan di tutup dengan kain yang lembab. Biarkan doh naik 2 kali size asalnya.

6. Bila doh dah naik selepas 1 jam, leper kembali ke asa dengan tekan lembut dengan tapak tangan pada doh tadi dan mula membahagikan doh kepada size yang dikehendaki dengan sama-rata. Mamak haji buat 10 biji bola.

7. Seperti isi inti pau, leperkan bola doh tadi dan isi inti dan bulatkan kembali. Taburkan Daun kering oregano di atas permukaan doh yang telah isi inti.

8. Membiarkan selama 20 minit.

9. Panaskan oven pada 200 darjah C.

10. Susun bun yang perlu di bakar di atas bekas pembakar dengan lapik dengan kertas minyak baking. Kita tak mahu keras sangat di bahagian bawah bun nanti. Set suhu oven 200C dan selama 10 minit.

11. Bila permukaan bun mula bertukar warna perang, keluarkan tray dan sapu putih telur di permukaan bun. Dan masukkan kembali selama 2 minit dengan menggunakan pembakaran bawah oven. WASSALAM.


RESEPI: YONG TAU FOO

$
0
0
YONG TAU FOO

YONG TAU FOO

Salam..sebenarnya mamak haji dari lima tahun lalu  suka luahkan perasaan dalam setiap resepi yg di tulis diblog tetapi di fb mamak haji tukar sedikit format. Ini cuma luahan seorang mamak teh tarek..maka itulah mamak haji gelar politik mamak haji cuma, “politik Teh Tarek”..tidak ada bersangkutan dengan mana-mana parti politik dan kerajaan, cuma satu keluhan ikhlas yg amat boring bila mana pelanggan di kedai menghabiskan tiga empat teh tarek hanya bertekak siapa yang betul..hahaha!. Biaasanya siapa yang bercakap banyak itu lha akan settle bill. Maka jangan ambil serius sangat cakap mamak haji tentang politik. Ia cuma selingan untuk hilangkan kebosanan untuk membaca resepi.

Resepi Sup Yong Tau Foo ini pernah mamak haji pernah rasa sangat lazat di sebuah kedai makan astaka di Kg.Melayu. Johor Bahru pada tahun 1986. Ia amat lazat bukan kerana intinya tetapi sup..dan berkali kali mamak cuba dptkan formula..dan inilah hasilnya kita kongsi sama.

CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP YONG TAUFU SINGAPURA:

BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.

  • 3 liter cawan air.
  • 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
  • 1 sudu besar biji lada putih.
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
  • 5 ulas bawang putih diketuk.
  • 2 ketul kiub stok ayam.
  • 2 inci Halia diketuk.
  • 1 sudu besar gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar minyak masak.

Cara: Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat ‘ala singapura

 SOS HITAM

Bahan-bahan:

  • 200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kicap pekat manis.
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
  • gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas.

3. SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.

RESEPI SOS PENCICAH THAI:

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

  • 3 ulas bawang putih di kopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4 cawan cuka.
  • 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.


CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba. Wassalam.

4. Sos Pedas (2)
Bahan-bahan:

  • 20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan bijan
  • 2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
  • garam, gula & cuka secukup rasa
  • 2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.


Article 0

$
0
0

 

NASI BERINGIN

NASI BERINGIN

RESEPI: NASI BERINGIN.

Bahan-Bahan:
- 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45 minit.
- 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 batang serai diketuk perdunya.
- 1 sudu kecil garam masala.
- 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga, 5 cengkih.
- 1 sudu besar minyak sapi.
- 2 sudu besar minyak masak.
- 1/2 tin susu cair.
- 2 sudu besar air mawar.
- 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar, bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
- Air untuk masak nasi sama paras dengan beras. Kaedah Nisbah 1:1.
- sedikit pewarna kuning telur.
- Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat mencuba.


RESEPI: SUP ABC MASAKAN ‘ALA CINA:

$
0
0

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Bahan Diperlukan:
- 1 batang karot sederhana besar – potong dadu.
- 2 biji kentang dikupas dan dipotong dadu,
- 1 biji tomato dibelah 6 keping.
- 100 gm daging ayam tanpa tulang dipotong kiub dan di gaul (seasoned) dengan sedikit kicap cair, tepung jagung dan serbuk lada hitam.
- 1 biji bawang labu sederhana besar dipoting kiub besar sedikit.
- 1 pokok kecil daun bawang dihiris halus.
- Garam dan gula secukup rasa.

Cara Penyediaan:
1. Panas air dalam 1 liter , masukkan kentang diikuti karot dan bawang.
2. Masuk daging ayam yang telah seasoned. Bila gak kentang sudah masak, masukkan tomato.
3. Reneh selama 30 minit. Masukkan garam dan 1/2 sudu kecil gula pasir.
4. Hidangkan dengan panas-panas dengan taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang yang telah hiris halus.Selamat mencuba.


RESEPI: SOS IKAN BUAT SENDIRI.

$
0
0

RESEPI: SOS IKAN BUAT SENDIRI.
Bahan-bahan:

  • 1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
  • 5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar.
  • 1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
  • 5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
  • 2 sudu kecil biji lada hitam.
  • 1 – 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai kot. Tapi jangan bubuh pulak anti-klorin untuk aquriun bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak dibawah..ambil air diatas saja..ok.
  • 1 tsp garam.

cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah…anda boleh gunaka sos ini 4-6 bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalu beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan…tak caya try..



Resepi: SAMBAL KICAP PEDAS UNTUK SUP BIHOON:

$
0
0
SAMBAL KICAP

SAMBAL KICAP

Resepi: SAMBAL KICAP UNTUK SUP BIHOON:

Sambal kicap ini terlalu mudah dan cepat dlm 5-7 minit boleh sediakan. Yang paling sedap kena guna batu lesung..kalau blender sambal berbueh dan rasa nya tak enak mbak..
Bahan-Bahan yang diperlukan:
  • 10 -15 biji cili padi. Ikut kepedasan yang anda suka..kalau berniaga bubuh pedas lebih sikit, jimat sikit dan air minuman sirap anda akan laku..
  • 2 ulas bawang putih.
  • Garam secukup rasa.
  • Kicap pekat manis.
  • 2-3 sudu besar perahan air limau kasturi kalu kat kedai bubuh cuka pun boleh.
  • Gula suka anda..nak matikan pedas sambal tu..terpulang pada anda.


Cara menyediakan:
1. Buang tangkai cili itu (kebanyakan semburan racun serangga perosak ada kat tangkai cili yea). kalau nak simpan lama pun buang tangkai cili dan bungkus dengan kertas.

2. Tumbuk lumat cili dan bawang putih itu dengan batu lesung.kalau takut percik bubuh garam sikit semasa tumbuk tu..
3. Adunkan cili yg telah tumbuk itu dengan kicap dan gula. Tentukan gula itu cair dalam kicap. Gula untuk matikan kepedasan..jadi terpulang pada anda.
4. Masukkan jus limau kasturi dan gaul rata..dah siap pun.
5. Ada juga orang tak suka bau maung cili mentah dan bawang putih..anda boleh rebus atau rendam dlm air didih tau ada yg layukan dlm minyak panas atau bakar sedikit bawang putih..terpulang pada anda Ok..

 


RESEPI: AYAM MASAK BUTTER / BUTTER CHICKEN (MURGH MAKHANI).

$
0
0
AYAM MASAK BUTTER

AYAM MASAK BUTTER

RESEPI: BUTTER / CHICKEN. (MURGH MAKHANI).

Bahan-Bahan Diperlukan:

  • 1 kg isi daging ayam , potong kiub agak besar sedikit. Kalau separuh ayam jadikan dalam 5-6 enam bahagian.
  •  75 gm butter, dalam 3 sudu besar (butter asli yea bukan butter cup pulak, ia nama saja butter tapi majerin).
  • 2 sudu besar minyak masak untuk goreng sikit ayam dan tumis bawang.
  • 135 gm Yogurt asli ( Yogurt asli Nestle yang kecil) jangan yang masam.
  • 50gm badam direbus, buang kulit dan dikisar halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili ikut kepedasan – boleh kurangkan 1/2 sdb.
  • 1/2 kecil garam masala.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  •  400gm tomato puri (lebih kurang 3/4 tin yg berat 430gm).
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 1 cawan susu cair / sejat dalam tin.
  • 2 cawan stok ayam kalau ada, tak ada pakai air biasa dengan 1 kiub ayam knorr.
  • Garam secukup rasa.daun ketumbar untuk ditaburkan di atas.
  • Jangan lupa daun ketumbar untuk dirabur di atas


Cara Menyediakan:
1. Masukkan daging ayam dalam sebuah bekas (bowl) bukan jenis logam. Masukkan jus limau, sebuk cili sedikit garam diperam selama 30 minit.

2. Selepas 30 minit masukkan rempah kari daging, garam masala dan yogurt dan peram kembali dalam 30 minit lagi.

3. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan bunga cengkih dan pelaga, selepas itu masuk hirisan bawang dan layukan (warna bawang bertukar menjadi cerah dan kuning keemasan). Masuk pes halia bawang putih tumis selama 2-3 minit lagi.

4. Selepas pes halia bawang putih mula keluarkan aroma, masukkan ketulan ayam (kalau takut melekat dalam kuali tambahkan satu sudu besar minyak masak dalam daging ayam yang peram). Goreng (seperti grill) ketulan ayam sehingga warna bertukar kepada putih dan mula keras sedikit. Tujuan nya untuk keluarkan jus ayam dalam daging dan keraskan ketulan ayam untuk tidak lerai semasa masakan.

5. Masukkan tomato puri, sos cili, air stok ayam, kisaran badam dan susu sejat. Masak sampai kuahnya jadi pekat dan isi ayam masak sempurna dengan api dapur yang sederhana.

6. Ambil kuali satu lagi, panaskan kuali dengan api dapur sederhana, masukkan butter dan cairkan. Tuang hasil cairan butter dalam ayam yang telah masak.

7. Hidangan telah siap…seperti biasa tabur daun ketumbar diatas hidangan (mamak haji tak suka). Kalau warna nya tidak dapat yang diharapkan masukkan sedikit pewarna merah-oren..settle.


RESEPI: AYAM VARUVAL (MASAKAN DARI TAMIL NADU INDIA)

$
0
0
AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

AYAM MASAK VARUVAL RESEPI DARI TAMIL NADU, INDIA

RESEPI: AYAM VARUVAL

Bahan-Bahan yang diperlukan:
- 1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di sinkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.

Bahan untuk peram isi ayam:

 

  • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
  •  2 sudu besar jus limau nipis.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu garam atau cukup rasa.
  •  1 sudu kecil garam masala.

Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.

Bahan-bahan untuk menumis:

  • 4 sudu besar minyak masak.
  • 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 4 tangkai cili kering dipotong dua.
  • 2 kpg. kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum cengkih.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 15 helai daun kari.
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.


CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga bau aromanya naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.

3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebati is ayam dengan segala rempah-rempah. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak. Tetapi gunakan ayam bersama tulang biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak menjadi kerak. Dalam proses ini sekiranya masakkan anda kering sangat tambahkan sedikit air dalam tiga sudu besar untuk ketulan ayam masak sempurna.

4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varual” anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda suka.


RESPI NASI KANDAR: Sambal Kelapa / Tengai Thuvayal / Coconut Chutney:

$
0
0

Sambal Kelapa / Tengai Thuvayal / Coconut Chutney:

Bahan – Bahan diperlukan: 

  • 1 cawan Kelapa parut,
  • 3 sudu besar Kacang gram dal (kacang kuda dikupas) yg telah goreng kering- tidak kemestian).
  • 2 atau 3 cili merah atau hijau (ini tentukan warna chutney anda).
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih*.
  • 1/4 sudu kecil jintan manis*.
  • 1/4 sudu kecil biji sawi*.
  • 1/4 sudu kecil kacang tosei / urad dal*.
  • 1/2″ Halia dicincang,
  • 1-2 tangkai Cili kering. untuk menumis.
  • 5- 6 helai daun kari.
  • sedikit perahan jus air asam jawa.
  • 1 cubit besar serbuk astoefida/ hing powder.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • garam secukup rasa.


Nota: Rempah yang bertanda (*) bermakna anda boleh terus gunakan 1 sudu kecil “halba campur” yang mengandungi semua bahan rempah ini.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar halus Kelapa parut, Kacang Dhal (yg telah goreng kering- tidak kemestian), halia, cili merah hidup, dengan sedikit air asam. Masukkan dalam blender dan kisar. Kisar pekat sedikit yea..kalau giling ia menjadi paling sedap. Masukkan garam secukup. keluarkan dan asingkan ke dalam bekas.

2. Tumis Darat (tampering) – masukan minyak masak ke dalam kuali untuk menumis.

3. Bila minyak panas, masukkan biji sawi, cili kering, biji jintan putih (atau short-cut masukkan 1 sudu kecil halba campur), daun kari…apabila bau harum mula keluar matikan api dapur. Masukkan semua bahan yang telah ditumis bersama minyaknya ke dalam bekas yang tersimpan kisaran kelapa tadi. Kacau rata..dah pun dah sedia…sambal nyioq…kalau nak pedas tambah cili padi merah saja dan berwarna hijau boleh lah masukkan cili hijau gantikan cili merah dlm kisaran. kepedasan terpulang. Ada juga suka masukkan yoghurt ke dalam sambal ini…mamak haji rasa orang kita tak suka bau mentah yogurt itu. Selamat mencuba.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

$
0
0
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Mohon Maaf Zahir dan Batin

Erti sebuah Pesahabatan ialah bersimpati antara satu sama lain dan memperbetulkan kekurangan dan membahagi sama kelebihannya..gunakan ucapan yg baik dengan ikhlas hati. Persahabatan memperbaiki kebahagian dan kurangkan kedukaan dihati kerana kita sedia membahagikan kegembiraan dan kedukaan. Dalam blog ini selama 8 tahun ini mungkin mamak haji ada melukakan hati sahabat dengan tak sengaja, tutur kata mamak haji yang ikhlas kdg kala mungkin mengiris perasaan sahabat-sahabat..dengan Hari yang mulia ini mamak haji menyusun sepuluh jari mohon maaf dan ampun dengan seikhlas hati..Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat yang amat sayangi..


INGIN KELUARKAN PRODUK MAKANAN BUNGKUS DARI RUMAH?.

$
0
0

Ramai kini ingin memulakan perniagaan pengeluaran produk makanan dari rumah, memang satu cara memulakan perniagaan yang betul. Boleh dikatakan banyak barangan Jenama terkenal di dunia (Branded) bermula dari rumah. Dalam Fb pun ramai sahabat-sahabat menghasilkan produk makanan di bungkus dari rumah secara kecil-kecilan. Kalau minta nasihat mamak haji tentang cara nak berniaga perniagaan ini, tiga faktor sangat penting untuk anda terus maju dlm perniagaan ini….

  • Kualiti produk sentiasa kena beri perhatian
  • produk anda perlu sampai pada pelangan dengan cepat dan tepat pada masa..
  • selepas dah capai ini, baru lah fikir tentang Iklan.

Bagaimana anda akan sampaikan produk ini kepada pelangan dengan cepat?.

Jenama baru memang sukar untuk tembusi pasaran terbuka dan cabaran utama sukar untuk pujuk pekedai atau pemborong mengambil produk kita. Maka tidak ada pilihan lain kecuali anda perlu terus kepada pelangan seperti di Pasar-Pasar Malam atau pun di mana tumpuan orang ramai. Iklan mulut ke mulut adalah iklan yang terbaik. Maka untuk lakukan ini kita perlukan “Network”. Zaman sekarang Face Book adalah terbaik untuk bina network ini.

Untuk mengetahui kualiti produk baik atau tidak?.

Hantar saja produk anda kepada 100 orang sahabat aktif dalam dunia masakan. Suruh mereka mencuba produk anda dan minta pandangan dari mereka secara jujur dan tanya mereka berapa kah harga mereka sanggup beli..ini adalah kajian tentang produk anda dengan cara jimat dan murah dalam pasaran terbuka. Sekiranya produk anda diakui berkualiti dari sahabat-sahabat yang telah mencuba mungkin ada yang ingin memasarkan produk anda..inilah di katakan anda sedang bina network / jaringan pengedar anda. Selepas anda ada produk berkualiti mulakan langkah untuk bina jaringan pengedar..

Memilih Label Untuk Produk:
Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda. Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan untuk menjenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda sendiri. Label yang anda buat itu kemungkinan anda boleh keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada.

Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini lah di gelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan.

Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.

Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara.

Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak pedulikan perkara ini. Kalau nanti popular ada saja nak jatuhkan anda. Agensi-agensi kerajaan seperti MARDI atau FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Kawal mikrob boleh rujuk dengan MARDI depa ada tunjuk ajar teknik pengawetan yang betul dan mengikut piawaian kesihatan yang telah ditetapkan….

Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Ini jawapan seorang pembaca: “hubby saya Peg.FAMA so far mmg banyak membantu org kg.”..Jadi jangan lupa mencuba.

Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal syarikat persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini. Sirim juga boleh membantu.

Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama anda ini boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa pemasaran anda.
Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda. Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk anda.


ANDA INGIN BERNIAGA SENDIRI?

$
0
0

Berniaga kecilan dan baru ingin bergiat dalam perniagaan ini, Ingat yea kehidupan sebagai peniaga ini umpama di roda yang berputar, kadang di atas dan kadang-kala kita ke bawah. Bila berada bawah tidak semestinya kita akan terus dibawah. Kita tetap ke atas jua bila rezeki itu sampai lambat-laun. Setiap orang yang berjaya itu bukannya semua dari golongan cerdik pandai, dan setiap orang cerdik dan pandai bukannya semua berjaya dalam perniagaan. Dalam perniagaan kita tak perlu ada ijazah perniagaan, tapi kalau ada ia seperti bonus tahunan 2 tahun. Tidak semestinya yang ada ijazah itu boleh berjaya dalam perniagaan.

Perniagaan yang berada sekeliling kita sentiasa berubah dan meningkat dan perlukan ilmu yang secukup untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan seperti menawan puncak gunung yang tinggi. Puncak gunung tidak akan berubah ketinggian, ia tetap di sana untuk sesiapa yang mampu menawannya. Pendaki yang ingin menawan puncak gunung itu perlu berubah dan gunakan segala tenaga dan akal kepandaian untuk menjejak kaki ke atas puncak. Begitulah kejayaan dalam perniagaan, anda perlu mendaki setapak demi setapak mencapai kejayaan mutlak. Pendakian yang kita ingin mulakan itu bukannya senang, mudah atau ada jalan pintas. Kita cuma boleh berjaya dengan semangat waja seperti seorang pendaki gunung yang sedia hadapi berbagai risiko. Hidup tanpa cabaran ini, hidup yang amat membosankan. Hidup akan lebih bermakna sekiranya hidup diwarnai dengan visi,matlamat dan cabaran yang gerakan kita ke puncak kejayaan yang kita ingini. – Mamak Haji



SEDIKIT PENERANGAN MENGENAI: MAKANAN SEJUK-BEKU.

$
0
0

Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.

Perkembangan penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan lagi dengan cara ini.  Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan.

Usahawan produk ini juga harus memberi tumpuan kepada aktiviti kesedaran dan promosi penggunaan produk sejuk beku seperti berikan demonstrasi kualiti produk mereka sama seperti kualiti produk segar. Kualiti roti canai sejuk beku boleh dikatakan lebih rangup dari roti canai segar. Usahawan roti canai sejuk beku boleh buktikan dengan pengguna dengan promosi di pasar-pasar raya hypermarket.  Aktiviti promosi ini perlu berterusan akan meningkatkan lagi jumlah dan meningkatkan lagi produk sejuk beku di pasaran terbuka.

Pasar raya atau pasar raya besar (hyper market) masih merupakan saluran pemasaran  yang besar dan penting. Tapi masalah dengan pasar-pasar raya ialah mereka cuba beli barangan dengan murah dan jual dengan harga tinggi. Keuntungan akan menjadi rendah dan syarat-syarat di kenakan adalah sangat sukar bagi usahawan-usahawan kecil-kecilan dalam bidang sejuk bekuan ini. Namun begitu jangan lupa pada pasar raya serbanika atau kedai-kedai runcit masih berupaya penting untuk pemasaran ini.

Faktor-faktor mempengaruhi pembelian produk sejuk bekuan ialah:

  • Promosi hadiah percuma untuk pembelian.
  • Ada tertulis bahan-bahan yang digunaka (ingredients).
  • Cita rasa pengguna
  • Tanda Logo Halal
  • Harga berpatutan.
  • Ada diskaun.
  • Mudah diperolehi.
  • Mudah untuk menyediakan.
  • Pembungkusan yang menarik.
  • Produk Bumiputera.
  • Saiz pembungkusan.
  • Label yang menarik dengan tertulis tarikh luput dan tarikh dikeluarkan.

Mengenal Sains Penyediaan Bebola Ikan atau Daging

$
0
0
FISH BALL / BEBOLA IKAN

FISH BALL / BEBOLA IKAN

Ramai yang bertanya kenapa bebola ikan / fish ball atau bebola daging bakso kita buat sendiri tak sama seperti kita beli dari supermarket atau dipasar. Bebola ikan yang kita beli kental, boleh melantun, dan tak seputih melepak. kita pun cuba berbagai respi orang nak dapatkan bebola ikan/daging seperti kita beli, akhirnya masih gagal. Ingin tahu kenapa gagal?

kebanyakan kilang-kilang belakang rumah atau kecil  yang hasilkan bebola ikan ini atau pun meat ball ini sebenarnya tidak menghasilkan “surimi”. Apa itu surimi?. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemerosesan. Jadi kilang-kilang kecil ini sedia beli surimi ini dan buat fish ball atau meat ball ini.

KEGUNAAN “BORAX” DALAM INDUSTRI BEBOLA IKAN?

Ada juga kilang-kilang kecil ini nak jadikan fish ball mereka lebih putih dan cantik di adunkan pulak dengan bahan terlarang bahan kimia, ” borax” ..jadi product mereka cantik, putih melepak, kenyal dan lebih menarik.

KEGUNAAN ENZIM TRANSGLUTAMINE BEBOLA DAGING:

Ada juga kilang-kilang ini sekarang yang lebih moden dan bijak dalam produk mereka menggunakan enzime ” Transglutamine” untuk lebih kentalkan bebola ikan ini  atau pun bebola daging. Enzim Transglutamine ini atau EC 2.3.2.13 adalah “gam” daging atau protein. Enzim ini dihasilkan melalui proses “streptoverticilium Mobaraense” melalui fermetasi dari darah haiwan. Ada juga Syarikat Aji No Moto mengeluarkan produk ini dengan jenama commercial “ACTIVA” dikatakan enzime ini diperbuat daripada tumbuhan tapi mamak haji tak ada maklumat sejauh mana kebenarannya. Ramai juga bakery-bakery kini gunakan bahan enzim TRANSGLUTAMINE ini untuk kenyalkan roti. Banyak bahan muncul dlm era modennisasi masakan..awas-awas lah memilih makanan yang dijual terutamanya diimport ini…

CARA-CARA KENYALKAN DAGING UNTUK BEBEOLA DAGING “BAKSO”.

Untuk kenyalkan bebola daging, salah satu teknik nak bagi meatball lekat membulat dengan cantik, semasa beli daging tu basuh bersih-bersih, selepas tu bekukan dulu……seelok-eloknya daging berketul. Jangan guna daging yang dah dipotong kecik-kecil…..beli daging seketul basuh bersih2 lepas tu frozen jadikan beku mcm batu…..lepas tu baru potong kecik2 selalunya pakai mesin pemotong daging dalam bentuk kiub then baru kisar…..first kisar mata kasar lepas tu kisar mata halus…..make sure air daging tak keluar banyak sangat….sebab darah dari air daging nie sebenarnya akan dijadikan sebagai gam untuk melekatkan semua tekstur daging yang dah hancur……jgn sesekali basuh lak daging yang dah dikisar mmg tak akan lekat dah sampai bila2….kalau tidak ada mesin pemotong daging boleh juga lepas dah beli daging seketul tu basuh bersih2 potong kiub simpan bagi beku then baru kisar….selamat mencuba….

CURING DAN PROSES POLYMERASIKAN MYOSIN:

Perkara yang penting untuk membuat bebola ikan atau bebola daging BAKSO ialah “curing”. Apa itu curing?..Curing adalah tindakan kimia polymer dan proses engineering di mana mengeraskan produk dengan cara panaskan atau cara mengabungkan aditif. Sekiranya nak buat surimi ini bahan aditif yang penting ialah putih telur dan tepung kanji seperti ubi kentang, ubi kayu atau jagung. Dalam respi bebola bakso ini yg penting “Polymerasikan Myosin” bila direbus dgn air panas. Pemanasan ini mengentalkan bebola daging. Apa itu myosin?. Setiap sel  daging dipadatkan dengan filamen yang dibuat daripada dua protein yang digelar, “myosin” dan “Actin”. Untuk proses myosin kita perlukan urat daging atau “tendon”..tendon ini ialah yang mencantumkan muscle dam tulang..dimana boleh gerakan tulang..tendon ini ialah “collegen”. Maka adunkan tendon sekali semasa kisar daging akan berikan kekenyalan pada bebola daging anda..

Cuma mengharap lebih bayak produk ni dibuat dari syarikat org Islam. Sekarang banyak produk dilabel halal tetapi sejauh mana ia bersih Allahualam.


CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS YANG SEDAP.

$
0
0

Kesdapan sambal tumis untuk nasi lemak bukan semata-mata bergantung kepada respinya saja. Tapi cara masak yang betul. Dengan sebab ini mamak haji tak tulis respi sambal tumis tapi siarkan komen-komen yang terbaik dari sahbat Fb yang bincang mengenai sambal tumis ini.

Komen terbaik: Ingin sambal tumis yang sedap, cili kering mestilah direbus sampai betul-betul kembang. Basuh bersih-bersih.  kisar/blender dengan bawang besar agak banyak. Tumis degan minyak yang banyak dengan api dapur yang kecil. Boleh juga masa cili di kisar, tambah sedikit bilis. Bila tumisan cili dah betul-betul naik/pecah minyak, masuk air asam, gula, garam dan biar lagi merenih lama sikit. Agak-agak dah pekat, baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Saya tak guna belacan & bwg putih. Takat 4-5 hari kt luar tak perlu dihangatkan. Ini resepi dari arwah mak saya. Yang penting buat sambal ini memang kena sabar, ambil masa yang agak lama dan kena  jaga api jagan sampai hangit.

KOMEN 1 : Kalau saya Tuan Haji, saya kisar bawang asing dengan cili. Sebiji bawang+2 biji bawang putih+sedikit belacan+secubit ikan bilis dikisar, kemudian tumis sampai masak elok degan minyak secukupnya. Selepas itu segenggam cili kering di kisar, saya masukkan dalam tumisan bawang, di masak perlahan sekurang-kurangnya 30 minit, lepas tu saya masukkan sebiji bawang dihiris bulat, air asam jawa, garam dangula. Air degan cili  tak perlu nisbah. Yang penting masa masak cili tu kena guna api paling kecil sampai cili betul-betul masak dan naik minyak. Minyak kena byk, bru cili betul-betul masak dan tak hangus.

KOMEN2 : Kalau nak sambal yang sedap kena lebihkanh bawang besar, kisar sekali degan cili  dan ikan bilis (suka hati). Air asam jawa kena agak-agak, gula kena lebih, garam secukup rasa. Tapi kalau nak campur bilis goring, kena rasa dulu bilis itu masin ke tak. Jadi bolehlah adjust garam kat sambal. Cara saya tak guna bawang putih, belacan & perasa. Cukup degan manisnya gula dan bilis yang dikisar.

KOMEN3 :Kalau masak sambal tumis sedap, saya letak Cili yg dah Buang biji, rebus, + bawang Besar+bawang Kecik+bawang putih+belacan+BUAH KERAS.. Blend… Tumis sampai pecah minyak, + air Asam+gula+garam+sedikit bawag yang di hiris+ikan bilis yang dah di goreng… Kawan-kawan semua boleh Cuba masak sambal tumis tambah BUAH KERAS, hasilnya, sambal jadi lemak dan sedap.. Suami dan anak2 saya puji sambal tumis saya lain dari yang lain.. Ini la rahsia dia 😀

KOMEN4 : Kalau sahabat percaya..masa mamak haji dlm Navy..belayar sebulan ke Sabah dan Sarawak..org rumah bekalkan sebotol sambal tumis..dia tau mamak haji suka sangat degan sambal tumis ini..tahan sampai dua minggu sambal ini..tak pakai pengawet pun..rupanya cara masak dan minyak tu menjadi pengawetnya.

KOMEN5: Biasanya saya blend bwg besar dlu guna air sikit sbb bwg akan kluarkan air. Pas tu sy tapis. Air bwg tu buat blend cili + minyak (lebih pun xpe) + bilis. Jd msa msak cili nnti, xlah lama sgt nk keringkan airnya. Dh siap blend, msuk dlm priuk, agak2 dh kering air, bru msukkan minyak yg banyak, terus msak dgn api kecil & selalu kacau. Sukatan yg biasa sy buat, 1 mangkuk blender cili kering rebus, bwg besar 2 mangkuk (dh siap hiris). Ikan bilis dlm 2 @ 3 genggam (xletak pun xp

KOMEN6: buat sambal tumis nie yang tak bestnya nak kena tunggu sampai cabai tu masak n garing tp bukan hangus la…..jenuh dok kacau cabai tu sampai pecah minyak…..tp dapur abih la ada kesan letupan warna merah penuh sekeliling burner hahahaha…..walaupun saya tak buat sambal tumis di kedai saya tp teknik adalah sama macam masak asam pedas….kalau masak dengan betul warna merah berkilat cun melecun akan terhasil…..api pun kena control supaya cabai garing pada tahap yang dikehendaki….kalau api kuat alamatnya bukan jadi sambal tumis terus hangit n rentung…..

KOMEN7: Ada lagi satu cara buat sambal tumis tahan lama.Basuh cili kering jgn dipotong biar sebiji2. Toskan. Panaskan 1 cawan minyak goreng cili tadi dgn api kuat sehingga nampak nak garing tapi jgn hangus. Lepas tu blend guna air. Baki minyak guna semula kalau x ckp tambah lagi. Ketika ni tumis dah x lama sbb cili kita dah masak tadi. Cut fown masa masak sa.bal untuk garingkan cili . Klau xnak merecik kat dapur, ttup periuk tu. Masa nk kacau, matikan api dpur, tunggu smpai smbal xmeletup2 lg, kacau, ttup priuk & on api lg. Tulah yg sy buat unt elak kena tangan & dpur kotor. Nnti klau air dh kering, ok je xyah ttup priuk lg.

 


RESPI: BERTIH JAGUNG / POP CORN.

$
0
0
SELEPAS  SALUT KRAMEL

SELEPAS SALUT KRAMEL

SEBELUM DISALUT KRAMEL

SEBELUM DISALUT KRAMEL

Respi: Bertih Jagung / Pop Corn:Bahan-Bahan :

  •  1/ 2 cawan biji jagung kering.
  •  1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.

Bahan-Bahan Untuk Kramel:

  • 125 gm butter mamak haji pakai Majerin felda je..dlm 85gm.
  • 1 cawan gula pasir.

Cara Penyediaan:

1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.

2. Dapatkan satu periok agak dalam (mamak haji guna periok pressur cooker) yang ada penutup yang baik.

3. Masukkan minyak masak dan pansakan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung., kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. orang latah duduk jauh sikit.

4. Masukkan 1/2 cawan jagung. Bila dengar jagung meletop-letop, goncang perlahan periok untuk biji jagung yang atas turun kebawah.

5. Bila bunyi meletop-letop dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan kramel. Kutip buang biji jagung yang tidak menjadi bertih.

PENYEDIAAN KRAMEL:

1. Adunkan butter/majerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter/majerin cair dengan gula.

2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.

3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati kramel dengan bertih sehingga salut betul.

4. keluarkan pop corn yang elah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan kramel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.


RESPI: SUP SAYUR KUNDUR DAN BUAH KURMA

$
0
0
SUP SAYUR LABU BERSAMA AYAM DAN BUAH KURMA.

SUP SAYUR LABU BERSAMA AYAM DAN BUAH KURMA.

RESPI SUP SAYUR KUNDUR DAN BUAH KURMA:

Jom kita buat sup..sup yang buat sendiri dan sedap, tidak ada tolok bandingan untuk diet tubuh badan. Kenangan di masa kanak-kanak apabila kita sakit, ibu kita menyediakan sup yang panas, beraroma yang pembuka selera makan kita masih kekal dalam ingatan kita….

Bahan-bahan diperlukan:
– 250gm buah kundur / winter melon.
– 2 cawan stok ayam yang telah sediakan atau stok segera.
– 6 biji buah kurma dibuang biji dan dihiris empat memanjang.
– 3 kpg halia 1 inci dihiris nipis.
– 1/2 cawan isi ayam yang telah rebus, air rebusan boleh digunakan untuk stok.
– 1 pokok daun bawang ambil yang hijau saja potong panjang 1 inci.
– Garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1. Basuh buah kundur, kupas bahagian kulit yang hijau dan keluarkan biji dan pulpa dalam. Potong kiub 1″.
2. Masukkan potongan labu kundur ke dalam periok isi air secukup dan masak sehingga isinya lembut. Lebih kurang dalam 15-20 minit. Kecilkan api dapur untuk mereneh.
3. Tambahkan 2 cawan stok ayam, halai, serbuk lada putih, garam, hirisan buah kurma dan isi ayam yang telah rebus. Reneh dalam 10-15 minit lagi.
4. Hidangkan dengan taburkan daun bawang. Selamat mencuba.


Viewing all 141 articles
Browse latest View live