Quantcast
Viewing all 141 articles
Browse latest View live

RESEPI: AYAM MASAK KUZI

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ayam masak kuzi
Resepi ayam masakan kuzi ini sebenarnya resepi istimewa orang Kelantan..walau pun masakan ini gunakan rempah seperti ayam masak korma. Asal resepi ini menggunakan saffron atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai koma-koma atau zafron sebagai mewarnai merah masakan. saffron ini sangat mahal oleh itu lama-kelaman resepi kuzi ini berubah berbagai-bagai versi. Asal resepi ini dari siri resepi “Munghal” shashi kurun ke-16 yang digelar, “kurzi” atau korma berlemak. Resepi asalnya ialah gunakan kambing yang di isi nasi berempah ke dalam rongga perut kambing yang telah dibersihkan. Mamak haji pernah masak lauk ini..tetapi tidak ada gambarnya. Cuma mamak haji ada cara memasak dan juga cara penyediaan rempah untuk masakkan ayam kuzi ini. Kalau ada yang minat insyallah mamak haji menulis cara menyediakan resepi rempah dan juga resepi masakkan sekali…

RESEPI: AYAM MASAK KUZI.

Bahan-Bahan  Perlukan:

  • 1 ekor ayam 1.5kg – 1.8kg – dipotong 12 bahagian.
  • Sedikit saffron.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 600gm bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng garing..
  • 1 tin susu sejat.
  • 1/4 cawan buah badam direbus, dibuang kulit.
  • 1/4 cawan biji janggus dihiris panjang, digoreng dgn minyak sapi
  • 60 gm kismis hitam.
  • 50gm biji janggus, digoreng dengan minyak sapi.
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 1 biji bawang besar di hiris halus.
  • 1 cawan air atau seperti kepekatan kuah yang anda kehendaki
  • garam dan gula secukup rasa.

Penyediaan Rempah Kuzi:

  • 1 sudu besar biji ketumbar.
  • 1 sudu kecil biji jintan manis.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil biji lada putih.
  • 1/2 sudu halia kering.
  • 1/4 sudu kecil kayu manis.
  • 1/2 sudu serbuk kunyit.

Cara-cara penyediaan rempah kuzi:

1. Sagai ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada putih, cincang dulu halia kering, dan tumbuk kayu manis. Kisar halus  kesemua rempah-rempah ini dan gaulkan dengan serbuk kunyit.

CARA MEMASAK:

1. Larutkan saffron dalam satu sudu kecil air. Lumurkan saffron pada seluruh ketulan ayam dan peramkan 1 sudu pes halia bawang putih dan sedikit garam.

2. Kisaran rempah bersama bawang goreng dimasukkan dalam bekas susu sejat.

3. Masukkan minyak sapi dalam kuali dengan sedikit minyak masak, bila panas gorengkan ketulan ayam sehinnga permukaan ayam garing sedikit selama 15 minit. Angkat ketulan ayam.

4. Goreng bawang dalam minyak gorenga ayam tadi. Bila bawang gorengan mula bertukar warna kepada kuning keemasan masukan susu yang telah adunkan bawang dan juga rempah. Masukan pes buah badam yang telah dikisar. Tambah garam dan gula secukup.

5. Masukkan ketulan ayam, buah kismis dan masaka sehingga kuahnya pekat. Sekiranya kuah terpekat anda boleh tambahkan air untuk cairkan sedikit. Hidangkan dengan ditabur buah janggus. Selamat mencuba. Dalam resepi ada juga tumbuk bawang goreng halus dan masukkan 1 botol sos tomato sebotol. Selamat mencuba.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Article 1

Image may be NSFW.
Clik here to view.
AYAM MASAK CARA BALI
RESEPI AYAM BALI / AYAM BUMBU BALI”

Bahan-Bahan Perlukan:
  • 1 ekor ayam potong 16 bahagian.
  • 3 helai daun limau purut dibuang urat daun tengah.
  • 3 biji tomato dipotong 8 bahagian.
  • 2 sudu kicap manis ABC.
  • 1 inci lengkuas dicincang halus.
  • 2 helai daun salam Indonesia.
  • 2 sudu besar air limau nipis / lemon.
  • 1 sudu besar gula melaka.
  • 1 sudu besar jus asam jawa.
  • 2 kiub pati ayam / 1 liter air stok ayam.

Bahan-Bahan Untuk sambal dikisar halus:

  • 10 tangkai cili merah dibuang biji.
  • 5 tangkai cili api
  • 1 keping belacan bakar bersaiz 1″ X 1″.
  • 3 butir buah keras.
  • 5 ulas bawang putih.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan sedikit garam dan jus lemon. Peram sekurang-kurang 30 minit.
2. Goreng daging ayam setengah masak.
3. Tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
4. Masukkan lengkuas, daun salam, daun limau purut, tomato dan kicap manis. Masukkan juga gula melaka dan juga air asam. Sekiranya pekat sangat masukkan air stok ayam atau 2 kiub stok ayam bersama 1 liter air atau sukatan air untuk kepekatan yang anda perlukan.
5. Perlahankan api dapur, masukkan ketulan ayam. Tutup tudung bekas masak. Biarkan ayam masak separuh lagi. Apabila ayam telah secukup masak tutup api dapur. Keluarkan ayam dan hidangkan. selamat mencuba.

NOTA: Ayam masak Bali ini punyai berbagai versi dan cara masak. Cuba baca komen pembaca ini:
assalamualaikum..lama x borak ngan papa …papa sihat…td lia negok pic papa post ayam bali…naperx hitam yer…smlm kwn lia ada bg resepi ayam bali…lia dh pum cuba tghari td..sedap tu mmng sedap …..tp x sama mcm papa punya ..dia kata bwg besar kena byk..buh gula kabung seketul..kicap pekat ngan manis….cili kering blender sama serai lengkuas….tumis smpai naik bau..tp x de pulak buh daun salam….papa punya ada daun salam kan….x per lia nk cuba pulak resepi papa,,,,
JAWAPAN MAMAK HAJI:
Mualaikum wasalam anakanda liah..sebenarnya resepi ini guna kicap pekat ABC..hak Indonesia. Tapi warnanya itam tak berapa kena dgn resepi Indon esia yg dinamakan bumbu Bali..bumbu bali memang kehitaman..tak hitamlah sangat. Serai dlm masakan Indonesia tidak digunakan cuma masakan Aceh atau minang atau Palembang gunakan serai..kerana sumatera adalah bangsa Melayu Riau..sama bahasa dgn org Johor..Bali tidak. Lengkuas dlm masakan Indon diasingkan untuk bau haruman lengkuas yg segar. kebanyakan sambal Indon gunakan cili hidup bukan cili kering..sama seperti sambal belacan. Bumbu itu makanya sambal dlm bahasa kita..lagi pun ayah takut resepi ini kalau hitam sgt..ia akan jadi seperti ayam masak kicap berempah ayah..bila buat katering kita kena sesuaikan warna hidangan bila susun di meja hidangan supaya menarik dan membuka selera..kalau dah ada ayam masak kicap berempah, daging masak berempah, yg ini pun itam…dan tukang masak pun itam..hahaha!. bayangkan?. masakan ini berbagai-bagai versi..mcm masak rendang..kan..kan..kan..janji sedap..daun salam itu identiti Indonesia..tanpa daun salam mcm nasi beriani tak ada daun salam India..hehehe. Org Melayu pulak dgn serainnya..wassalam.

 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI: AYAM MASAK KURMAK DARI BANGLADESH.

RESEPI KURMAK DARI PAKISTAN/BANGLADESH:
Image may be NSFW.
Clik here to view.
korma shahi
Resepi kumak atau korma ini untuk penggemar rempah dalam masakkan India yang lembut dan kurang berasa rempah. Maka kena ingat bila buat kurmak jgn fikir ia adalah masakan India yang perlu guna rempah yang banyak. Lauk kurmak perlu guna rempah yang paling minima ia itu bahan asas ketumbar saja.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 1 ekor ayam dipotong 10-12 bahagian.
  • 2 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 2 sudu besar pes bawang putih halia.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar. (sediakan serbuk ketumbar sendiri).
  • 3/4 cawan yogurt .
  • 1 kpg kulit kayu manis 2″ panjang.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 helai daun salam India.
  • 4-5 kuntum cengkih.
  • 4 tangkai cili hijau.
  • 2 sudu besar buah badam direndam air dan tumbuk lumat.
  • 2 sudu besar biji janggus.
  • 2 sudu besar buah kismis.
  • 1 sudu kecil gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 2 sudu besar minyak sapi.

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ayam dan tos. Masukkan yogurt , pes halia bawang putih dan serbuk ketumbar – adunkan sama rata dan peram sekurang-kurangnya 1 jam.

2. Panaskan kuali masukan minyak. Masukan hirisan bawang dan goreng keemasan dan masukan biji janggus, kismis, kayu manis, pelaga, cengkih dan daun salam sentiasa kacau sehingga naik baunya.

3. Masuk segera ketulan ayam yang telah peram dan garam ke dalam kuali. Masak ayam ini dalam api sederhana besar (medium). Kacau sekali sekala ayam. Proses ini kita cuma ingin mengaringkan sedikit permukaan ayam supaya keras sedikit dan bila masak tak mudah hancur.

4. Masukkan 2 1/2 cawan air (kalau dapat stok ayam lagi sedap) dan buah badam yang ditumbuk halus. Reneh masakkan ini dengan api dapur kecil dan tutup dengan tudung. Sekali-sekala kacau adunan ini.

5. Masukkan gula, minyak sapi dan cili hijau. Rasa masakan ini kemasaman yogurt dan gula telah dimbangkan. Sekiranya masam tambah gula 1 sudu besar lagi. Nasak sehingga ketulan ayam masak sempurna. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng.

Nota: Mamak Haji lebih suka tambah 1/2 kecil serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbuk cili untuk pedas sedikit.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI: AYAM MASAK KAPITAN ATAU NYONYA CHICKEN CURRY.

RESEPI AYAM MASAK KAPITAN ATAU NYONYA CHICKEN CURRY:

Bila ingin menulis resepi ini  mamak haji seperti tak berapa minat pada rasa dan aroma resepi ini kerana nak kata Melayu pun bukan nak kata Cina pun bukan dan jauh dari resepi mamak Pulau Pinang. Maka molek digelar resepi Malaysia kerana rasa dan aromanya ikut cita-rasa Nusantara Kemelayuan. Resepi ini sangat popular di Pulau Pinang bagi kaum Tionghua, Resepi ini asalnya kepunyaan Nyonya-Baba dimana adunan dua tradisi resepi Melayu dan Cina. Resepi ini juga sering-kali jadi pilihan utama di Pesta Makanan Malaysia di luar negara. Apa kehebatannya cuma anda masak dan rasa baru tahu. Apakah gelaran “curry” itu sesuai atau tidak..terpulang pada anda untuk menentukan. Bagi Mamak Haji bila ada pesanan dari pelangan buat saja lah dan suka kongsi resepi dengan anda semua.

Sebutan KAPITAN itu sebenarnya gelaran diberi oleh penjajah Portugis kepada ketua suku kaum orang Cina seperti di Pulau Pinang, Melaka atau Singapura. Suku kaum Cina yang terkenal ialah Hokkien, Hakka, Foo chow dan Teochews. Di Pulau Pinang majority suku kaum adalah Hokkien. Bahasa Hokkien adalah bahasa perdagagan orang Cina di Malaysia. Banyak juga terdapat sebutan bahasa Melayu dalam bahasa Hokkien ini. Sejarah Peranakan Baba-Nyonya ini pula bermula dari kurun ke-15 lagi. Bahasa dan adat Melayu adalah pegangan mereka ini sama seperti Peranakan India Islam yang digelar,”Jawi Pekan”, Peranakan India beragama Hindu digelar “chitty” dan juga Peranakan Eurosian yang beragama kristian digelar, “Kristang”. Perkataan, “Baba” dari perkataan Persia dan “Nyonyas” dari perkataan Jawa. Masakan Baba-Nyonya menggunakan bahan-bahan campuran Cina-Melayu tetapi rasanya Melayu Nusantara. Suku kaum Baba-Nyonya ini ramai di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Resepi Masakan terkenal seperti, “Laksa Asam”, “Laksa Santan”, “otak-otak”, “kueh lapis”, “ayam masak kapitan”, “ayam masak buah keluak”, seperti ini semua adalah antara resepi hebat dari Baba-Nyonya yang terkenal di dunia. OK setakat ini penerangan yang mamak haji tahu sebelum kita lihat resepinya:

RESEPI: AYAM MASAK KAPITAN:

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 1 Kg. ketulan ayam (3 keping peha ayam penuh).
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk kunyit.
- 200ml santan pekat.
- 5-6 sudu besar minyak masak.
- 2 helai daun limau purut yg dibuang urat tengah.
- 1 biji limau nipis diperah jus.
- garam secukup rasa.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jgn ikut sgt pic hiasan mamak haji di atas..mamak haji tambahkan versi mamak sikit hiasan dgn daun pudina, cili hijau, tomato dan daun ketumbar sikit..Ini versi Nasi Tambah... Melayu + Cina + India..hahaha..baru jadi resepi 1 Malaysia...hahahaha!.

Jgn ikut sgt pic hiasan mamak haji di atas..mamak haji tambahkan versi mamak sikit hiasan dgn daun pudina, cili hijau, tomato dan daun ketumbar sikit..Ini versi Nasi Tambah… Melayu + Cina + India..hahaha..baru jadi resepi 1 Malaysia…hahahaha!.

PENYEDIAAN PES TUMISAN / DIKISAR:
-  3 tangkai Cili merah yang agak panjang dan dibuang biji.
-  10-15 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan).
-  8-10 biji bawang merah kecil.
-  1 bawang merah labu sederhana besar.
-  5 ulas bawang putih.
-  5 biji buah keras.
-  3 btg serai.
-  4 kpg lengkuas bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg halia bersaiz kuku ibu jari.
-  2 kpg kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari.
-  2 sudu besar (tbsp) belacan bakar.
-  1 sudu besar (tbsp) puri tomato/ sos tomato.
-  1 sudu besar gula (kalau nak pedas kurangkan).

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan-bahan tumis halus dan jadikan pes.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis pes sehingga pecah minyak. Masukan ayam dalam tumisan goreng 5-6 minit sehingga kulit ayam garing sedikit.

3. Masukkan santan (kalau nak kuah lebih tambahkan air tapi ingat ayam juga keluarkan airnya maka awas jangan sampai kuah anda terlau cair), masuk daun limau purut dan kecilkan api dapur. Biarkan dalam keadaan reneh sehingga daging ayam masak – ambil masa lebih kurang 30 minit.

4. Masukkan gula dan garam dan jus limau secukup rasa.

5. Hidangkan dengan taburkan bawang goreng di atas hidangan.

6. Hidangan di Pulau Pinang disediakan dengan telur rebus ayam sekali, anda boleh masukkan telur ayam semasa tumis pes. Selamat mencuba


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI : AYAM LEMON ‘ALA MASAKAN CINA.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
lemon chicken2
RESEPI : AYAM LEMON ‘ALA MASAKAN CINA.

Mamak Haji ada beri resepi “Ayam Masak Lemon versi mamak . Sesiapa yang sukar mencari rempah…ayam lemon masakan ‘ala Cina paling mudah. Goreng ayam, sediakan sos, tuang dah sedia. Tiga bahagian dalam masakan ini 1. Goreng ayam 2. Buat sos lemon 3. Makan. Jom kita lihat resepi ini:

PENYEDIAAN AYAM GORENG:
Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging ayam tanpa tulang. Pilih ayam bahagian dada dalam 4 ketul bersihkan dan potong dadu. Peramkan ketulan dadu ayam ini selama 30 minit dgn 2 sudu kicap perasa maggie, 1/4 sudu kecil lada putih dan dan sedikit garam.
  • Untuk salutan goreng ketulan ayam pula:  2 biji telur, 2 sudu besar + 1 sudu kecil atau 35 gm Tepung Jagung, 1/2 tsp baking powder, secubit lada putih dan 1/2 sudu kecil garam. Pukul telur kembang masukkan tepung masukkan sedikit demi sedikit bersama dgn garam dan lada butih dan jadikan adunan (batter) untuk digoreng. tentukan adunan disalut sempurna semasa gorengan ayam. Goreng ketulan ayam ini dengan minyak panas. Bila ketulan ini masak dengan bertukar warna keemasan. Keluarkan dari kuali dan letak dalam pinggan hidang untuk disalut .

PENYEDIAAN SOS LEMON:
Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 75gm gula.
  • 1 cawan (250 ml) stok ayam. Kalau tak ada stok ayam gunakan dalam 2 ketul pati ayam kiub..tapi jaga masin.
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 sudu besar jus lemon.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 3 hirisan lemon yg telah kupas kulitnya.
  • 2 sudu besar minyak.
  • sedikit perwarna kuning.

Cara Penyediaan:

1. Adunkan 75gm gula, 1 cawan stok ayam, 1.5 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar jus lemon, 1/2 sudu kecil garam dan pewarna dua /tiga titis dan adunkan dengan baik semua bahan-bahan ini. Masukkan juga tiga hirisan lemon tadi.
2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih. Keluarkan tiga hirisan limau tadi.
Hidangkan ayam goreng dan tuang sos ke atas ketulan ayam tadi. Makan panas-panas. Masakan Cina perlu makan panas-panas dengan nasi yang panas juga..cuba sekali-sekala yang terbaru.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI : AYAM MASAK MASAM MANIS/CHICKEN SWEET SOUR:

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ayam masak sweet sour
RESEPI : AYAM MASAK MASAM MANIS/CHICKEN SWEET SOUR:

BAHAN-BAHAN:

  •  300gm isi ayam(seloknya bhg dada) dipotong size dadu yg anda suka.
  •  1 biji lada bengala hijau ( green bell pepper).
  •  1 batang daun bawang dipotong 2 inci.
  •  3 ulas bawang putih dicincang halus.
  •  1/2 cawan minyak untuk goreng ayam.

ADUNAN TEPUNG UNTUK GORENG KETULAN AYAM:
Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 sudu besar (tbsp) tepung gandum.
  • 4 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
  • 1 sudu kecil (tsp) baking powder.
  • sedikit garam dan secubit serbuk lada putih.

Adunkan semua semua, dan masukan 2 sudu besar air dan jadikan adunan goreng ayam..batter. Ketepikan. Bila ketulan ayam telah peram, masukan ketulan ayam dlm adunan ini untuk digoreng.

SOS MASAM MANIS:
Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 4 sudu besar sos cili hak pedas..kalau sos cili thai lagi best.
  • 1 sudu kecil plum sos.
  • 1/2 sudu kecil jus limau nipis.
  • 1 sudu kecil sos tiram.
  • 3 sudu besar air.
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 1 sudu besar air.
  • 3 cubit lada putih.
  • 3 sudu besar minyak.

CARA MASAK:
1. Bersihkan dan buang kulit dada ayam. Potong daging ayam bentuk dadu ikut size yg anda kehendaki. Peramkan dengan 1 sudu kecil air limau, sedkit garam dan secubit serbuk lada putih. Gaulkan semua peramkan dlm 10-15 minit. Adunkan dlm adunan dan goreng ketulan ayam ini dan ditepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak panas masukkan bawang putih..bila bawang putih mula bertukar warna sedikit masukkan hirisan bawang (bulat) layukan bawang jgn garingkan yea..masukkan lada benggala yg telah potong dadu..dan goreng dlm 2-3 minit.
3. masukkan sos dan bila sos mula didih masukan ayam yg telah goreng dikuti dgn daun bawang.
4. Keluarkan dan hidangkan..pasti anak-anak suka..selamat cuba esok makan tengah hari..resepi ini untuk empat org makan. wassalam.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI: HOKKIEN MEE UDANG PULAU PINANG/ PENANG HAE MEE:

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mee Hokkien Pulau Pulau Pinang
Assalamualaikum… Versi “Mee Hokkien Udang” dalam dialek Hokkien digelar Penang Hae Mee. Penyediaan mee ini ada enam peringkat. 1. Penyediaan Stok Udang dan Udang kering. 2. Penyediaan udang untuk hiasan di atas mee 3. Penyediaan stok (sup) ikan bilis dan kulit udang. 4. Penyediaan sambal cilinya. 5. Melengkapkan sup. 6. Penyediaan untuk hidangan.
Resepi ini untuk 10-12 hidangan. Kalau buat sedikit rugi masa dan tenaga dan perbelanjaan. Seperti mamak haji sebutkan sebelum ini, kita perlu sediakan resepi ini langkah demi langkah.
A. PENYEDIAAN STOK/SUP GUNA KEPALA UDANG DAN UDANG KERING.
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kg. udang sedang.
  • 200gm udang kering.
CARA-CARA
1. Kopek udang dan asingkan kepala dan kulit udang. Kulit udang asingkan untuk kegunaan buat stok dengan ikan bilis pula nanti.
2. Panaskan kuali dan masukkan dua sudu minyak masak. Maukkan udang kering dan goreng selama 7-8 minit, kemudian masukkan kepala udang dan goreng sekali. Bila kepala udang bertukar kepada kemerahan. Keluarkan gorengan ini.
3. Gunakan 2 liter air untuk mengisar halus gorenagan di atas. Panaskan periok atau stock-pot dan masukkan hasil kisaran ini. reneh selama 45 minit. Matikan api dapur dan biarkan rebusan ini semalaman untuk seluruh patinya diserap air rebusan.

B. PENYEDIAAN SAMBAL CILI:

  • 20 tangkai cili kering, di rebus dan dikisar halus bersama 1″ x 1″ belacan bakar bersama dengan sedikit air asam jawa. Tumis ambal ini dengan 2 sudu besar minyak sehingga sambal terbit minyak.

C. PENYEDIAAN STO/SUP IKAN BILIS DAN KULIT UDANG.
Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200 gm. ikan bilis .
  • 2 inci halia yang diketuk.

CARA-CARA:
1. Panaskan stock pot/ periok. Masukkan 2 liter air. Masukkan ikan bilis dan halia ketuk. Reneh stok ini selama 45minit – 1 jam. Selepas selesai tapis airnya dan simpan untuk memulakan langkah seterusnya.

D. PERINGKAT TERAKHIR PENYEDIAAN SUP HOKKIEN MEE UDANG (dengan menggunakan dua jenis stok yang telah disiapkan).
Bahan-bahan Diperlukan:

  •  3 sudu besar stok kiub ayam.
  • 50 gm gula batu.
  • 1/2 cawan sambal cili ( ikut kepedasan anda).
  • Tambahan air untuk jadikan keseluruhan sup sebanyak 4 liter.

CARA-CARA:
1. Tapis kedua-dua stok ini dan masukan dalam periok. Mendidihkan sup ini.
2. Masukkan gula batu, stok kiub ayam, dan sambal cili. Rasa garamnya kalau perlu tambahkan. Didihkan sup ini. Semasa sup ini mendidih masukkan isi udang (yang telah digunakan kepala dan kulit udang) sedikit demi sedikit dan masak dua atau tiga minit saja dan keluarkan dengan menggunakan penapis, toskan dan sediakan untuk hiasan di atas hidangan nanti. Selepas masak semua isi udang, kecilkan api dapur dan renehkan sup ini sehingga digunakan.
3. tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan 4 liter sup. Sup anda telah sedia.

E. PENYEDIAAN TERAKHIR UNTUK HIDANGAN:
BAHAN-BAHAN:
  • isi udang yang telah disediakan.
  • 1/2 kg. Sayur Kangkong.
  • 150 gm.taugeh.
  • 5 kpg. Fishcake.
  • 1 kg. Mee Kuning.
  • Bawang Goreng.

CARA-CARA:
Bila tiba buat hidangan, kumpulkan mee, taugeh dan kangkong dalam mangkuk dan isikan air panas mendidih selama 1/2 minit untuk menghilang bau alkali mee. Toskan dan kembalikan latakan didalam mangkok hidangan. Hidang diatas isi udang, fish cake tuang sup dan tuang kembali. Lakukan dua kali. Kali ketiga terus hidang dengan taburkan bawang goreng dan telur masak..bersama sos cili. Selamat Mencuba.

 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Respi: Kari Ayam Melayu Cape Afrika Selatan/South African Cape Malay Chicken Curry.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Resepi Dari Negara Afrika.

Resepi Kari Ayam Cape Afrika Selatan.

 

RESEPI: Kari Ayam Melayu Cape Afrika Selatan. 
Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam di potong 8 bahagian.
  • 1 Bawang labu sederhana besar dihiris.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 tin tomato puri 430gm.
  • 2 sudu besar yogurt ( tidak kemestian)
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar jus lemon atau limau.
  • 2-3 sudu kecil garam – ikut kemasinan.
  • 4 sudu besar minyak.

PENYEDIAAN REMPAH:

  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • sudu besar serbuk cili (tambah kalau nak pedas sikit).
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil serbuk (dikisar kasar) lada hitam.
  • 10 -15 biji buah pelaga. Di goreng kering dan kisar.
  • 1 keping 2″ kayu manis.
  • 1 sudu besar garam masala.

CARA MEMASAK:
1. Kumpulkan semua rempah didalam sebuah bekas.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Masukkan hirisan bawang dan mula goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Sedehanakan api dapur dan masukkan rempah di atas. Rempah jangan goreng sehingga hangus, dalam 1 – 2 minit sudah memadai.
3. Masukkan puri tomato dan sebatikan dengan rempah.
4. Masukan ketulan ayam dalam kuali. Kacau dan salutkan ketulan ayam dengan adunan rempah dan tomato puri.Bila agak kering rendahkan api dapur dan masak ketulan ayam dengan berkeadaan reneh. Tutup kuali dengan penutup selama 25 minit.
5. Masukkan gula, garam dan gula dan jga jus lemon.
6. Biarkan dalam masak dalam keadaan reneh 15 minit atau sehingga masak sempurna ketulan ayam.
7. Masakan anda telah siap dan boleh lah dihidangkan.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESPI: UPMA RAVA (SUJI).

Image may be NSFW.
Clik here to view.
upma (308x244)
Assalamulaikum, Sahabat-sahabat semua. Hari ini mamak haji ingin sekali lagi pertengahkan resepi masakan dari etnik orang India di negara kita. Setiap orang perlu makan, dengan ini masakan adalah perkara yang dilakukan setiap hari oleh semua orang, tak kira asal usul. Dengan sebab ini, masakan merupakan satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan Rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai etnik dan juga kebudayaan masing-masing. Mempelajari resepi masakan etnik yang terdiri dari berlainan kebudayaan akan menjalin kemesraan di antara kita sebagai rakyat Malaysia. Cuba bayangkan apabila anda mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan kawan-kawan pejabat atau jiran-jiran anda dengan masakan dengan berbagai-bagai hidangan menu etnik kawan atau jiran anda, alangkah terkejutnya tetamu anda, kerana majlis anda akan bertukar menjadi seperti, “Road Show Makanan Antara-Bangsa”.
RESEPI UPMA RAVA (SUJI).
Resepi ini berasal dari Selatan India yang digemari untuk sarapan pagi. Diperbuat dari tepung suji. Resepi amat mudah untuk disediakan. Pada satu masa sangat sinonim di rumah orang-orang India tetapi kini semakin pupus di telan arus pengaruh barat. Ramai anak-anak muda dari kalangan orang India di negara sudah lupa atau pun tak pernah menjamah…mamak haji berikan resepi ini untuk kenang kembali masa kecil dulu, arwah Ibu sebulan tiga atau empat kali sediakan sarapan ini untuk bekalkan ke sekolah…Ia tidak mudah basi dan sarapan yang paling sukai..tak tahulah kenaa resei ini telah menghilang di rumah-rumah orang India di negara ini.

RESEPI UPMA RAVA (SUJI).

Bahan-Bahan diperlukan:

  • 1 cawan tepung suji (rava). Masukkan dalam kuali panas sederhana, goreng sehingga tepung bertukar ke kuning keperangan sedikit. Asingkan.
  • 2 hingga 2 1/2 cawan air.
  • 1 biji bawang besar (labu) dihiris.
  • 2 biji cili hijau dihiris.
  • 1 sudu kecil halba campur.
  • 1/2 inci halia dicincang.
  • 8 biji buah janggus.
  • 1 ranting daun kari (dlm 10 helai).
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 2 sudu besar minyak masak / sapi.
  • Garam secukup rasa.

CARA MEMASAK:

1. Masukan minyak masak dalam kuali yang panas.
2. Masukkan halba campur, bila halba campur mula meletop-letop masukkan biji janggus goreng sehingga bertukar warna keemasan kuning.
3. Masukkan hirisan bawang dan cuma layukan saja.
4. Masukkan cili hijau, haliadan daun kari goreng cuma 1 minit.
5. Masukkan air dengan segera dan mendidihkan.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan sedikit demi sedikit tepung suji (dlam kadar 2 sudu besar) dan kacau rata (supaya teung tidak bergentel). Begitulah sehingga semua tepung dimasukkan dalam air mendidih.
8. Sentiasa kacau rata adunan ini sehingga tepung tidak lagi melekat di permukaan kuali menandakan tepung telah masak dan sedia untuk hidangan.
9. Hidang upma ini dengan sambal kelapa atau dengan gula. Mamak Haji lebih suka dengan gula di taburkan di atas hidangan ini. Selamat Mencuba.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI: KARI KACANG SEPAT (MOCHA KOTTA KUZLAMBU).

RESEPI: KARI KACANG SEPAT (MOCHA KOTTA KUZLAMBU).

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan kacang sepat (kacang mocha kotta).
  • 2 biji terung bulat sederhana besar dipotong empat.
  • 10 biji bawang merah kecil dihiris (2 biji bawang labu dihiris).
  • 2 ulas bawang putih diketuk buang kulit.
  • 2 biji tomato sederhana besar dipotong empat.
  • 1/2 cawan perahan asam jawa pekat.
  • 2 cawan air.
  • 1 sudu kecil halba campur.
  •  8-10 helai daun kari.
  • 3 sudu besar minyak masak untuk tumis.
  • 1 cubit serbuk asafoetida atau hing powder.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar.
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil ‘sambar powder’ kalau ada.
  •  Garam dan gula secukup rasa.

CARA-CARA MASAK:
1. Rendam kacang ini semalaman. Rebus dengan 1 sudu kecil garam. Rebus 45- 60 minit atau sehingga kacang ini kacau picit mudah kulitnya tanggal dan lembut. Toskan.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minak panas masukkan halba campur. Bila rempah mula letop-letop, kecilkan api dapur dan masukkan pula serbuk asafoetoetida, hirisan bawang, bawang putih. Tak perlu garingkan bawang cuma lembut sudah memadai.
3. Bila bawang lembut masukkan tomato dan daun kari dan masukkan terong dan layukan. masukkan kacang sepat dan juga sedikit garam untuk kuahnya. Gaulkan serata 1-2 minit.
4. Masukkan perahan air asam dan juga air 2 cawan. Masukkan serbuk ketumbar dan juga serbuk cili. Didihkan adunan ini sehingga terung masak dan juga kari mulai pekat.
5. Selamat mencuba..


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

2013 in review

RESPI : SOTONG KANGKONG.

RESEPI SOTONG KANGKONG:
Resepi ini tidak menyentuh peribadi sesiapa yea..kebetulan ada sahabat yang bergelar, “sotong kicap”, minta resepi sotong kangkong ini yang mana terkenal di kalangan orang Cina di Pulau Pinang. Sotong kangkong ini resepi org cina yang digelar, “Ju Her Eng Chai” ..“ju her”  bermakna  Sotong, “Eng Chai”, bermakna pulak Kangkong.

Cara buat Sotong Rendam:

1. Sotong kering direndam semalaman dengan air biasa.
2. Pada esoknya, tukar air rendaman sotong dengan air ais yang ditambah dengan 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar serbuk soda masakan.
3. Apabila sotong kering anda bertukar saiz dua kali dari saiz asal ia bermakna sotong kembang anda telah sedia.
4. Keluarkan sotong, buang airnya dan diganti dengan air baru. Biarkan sotong kembang ini berada dalam rendaman air.
5. Setiap 2 jam tukar airnya untuk hilangkan bahan kimia yang diguna rendam. Sebenarnya ini adalah cara paling paling selamat mamak haji berikan.

Mereka jual diluar sana itu gunakan bahan kimia, “borax” sejenis bahan kimia yang tinggi alkali yang orang cina gelarkan, “Pangsah”. Bahan kimia ini kebanyakan negara telah haramkan dalam masakan. Namun Mamak Haji tidak tahu adakah di negara ini diharamkan atau sebaliknya. bahan kimia Borax ini senang diperolehi dari kedai ubat Cina tradisional. Tukang masak keturunan Cina gemar gunakan ia sebagai pelembut daging. Maka jangan heranlah sekiranya ada kawan cina anda mengatakan daging lembu boleh di siatkan dengan chopstick saja dalam masakan ‘ala Cina. Mamak haji sarankan lebih selamat gunakan bahan yang mamak haji berikan di atas tapi hasilnya tak semolek gunakan “borax”. Untuk permulaan Cuba dalam kuatiti kecil. Sotong kembang boleh gunakan direndam dgn air abu (lye water) tetapi ia sangat corrosive (bersifat penghakis). Ada juga yang gunakan air abu pekat sedikit dan bila gunakannya ia perlu basuh sotong yang kembang itu dalam bekas air yg besar. Ini sajalah mamak haji tau. Untuk buat sotong kembang perlu ada kemahiran dan keselamatan menggunakan bahan corrosive ini adalah bahaya kepada keselamatan diri dan kalau boleh elakan.

RESEPI SOTONG KANGKONG – PENYEDIAAN SOS DAN HIDANGAN:
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- 250gm sotong kembang.
- 1 cekak kangkung yang telah basuh dan bersihkan.
Cara Penyediaan: Celurkan kedua dalam air mendidih selama 2-3 minit dan celurkan kembali dalam air sejuk supaya haba dapat dihilangkan. Toskan dan potong ikut size yang anda suka. Sotong jangan masak lama yea..nanti jadi liat seperti tayar good year.

PENYEDIAAN SOS:

  •  4 sudu besar sos Hoi Sin”.
  •  3 sudu besar pes otak udang/ petis yang berwarna kehitaman.
  • 2 sudu kecil sambal belacan (biasa kita buat).
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 biji limau kasturi – perahan airnya.

Cara menyediakan: Adunkan semua bahan-bahan itu jadikan pes.

Bahan untuk hiasan hidangan:

  • 1 sudu kecil bijan yang goreng kering.
  • 1 sudu besar kacang goreng tumbuk kasar.

NotA:
1. 610. HOISIN SAUCE HALAL – BRAND NAME: – MAKER: HAIS FOOD (M) SDN BHD.
2. 611. HOISIN SAUCE HALAL – BRAND NAME : DIM SUM. MAKER: KIAN GUAN SAUCE INDUSTRY SDN.BHD.
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?ty=directory&type=P&cari=sos&page=31


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI KUIH ASLI PULAU PINANG: KUIH SERABAI.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
??????????????????????
Image may be NSFW.
Clik here to view.
serabai 4

Kuih Serabai adalah kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang. Kuih ini bukan saja pilihan masyarakat Melayu tetapi digemari oleh semua kaum. Ia adalah hidangan sarapan pagi yang amat mengenyangkan. Kuih ini biasanya di makan atau di cicah dengan kaya jenis mudah dan sering-kali juga masa musim durian dicampur dengan isi durian atau serawa durian terutama durian dari Balik Pulau yang terkenal. Jangan terkejut kuih ini di gelar, “kuih mayat”..hahahaha. Seperti orang Johor gelar biskut, cream-cracker kong guan – Biskut Mayat. Mungkin disebabkan kuih ini jadi hidangan utama untuk di hari kematian atau pun kenduri arwah. Mungkin, “serabai” yang membawa makna, “kekusutan” itu ditukar dengan nama Kuih Mayat kerana sebutan ini kurang menyenangkan. “Mayat”, bermakna di Pulau Pinang, “kematian”. Kalau Orang Pulau Pinang kata, “Ada Mayat”,  jangan pulak terkejut makna mereka itu ada kematian. Orang Indonesia gelar kuih ini, “”SERABI” yang terkenal ialah resepi, “Serabi Solo”. Berbagai resepi dipertengahkan….resepi mamak haji ini adalah salah satunya.

RESEPI SERABAI:

BAHAN-BAHAN:

  •  2 cawan tepung beras.
  •  1/2 cawan nasi sejuk.
  •  1/2 cawan santan pekat.
  •  1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula perang.
- 1 cawan santan.
- 1/2 cawan air.
- 2 biji telur.
- 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
- 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan santan.
- 100 gm isi durian.
- 80 gm gula pasir.
- 1/4 sudu kecil garam.
- 1 helai daun pandan.
- 1 biji putih telur di pukul.
CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

KENAPA PERLU GUNAKAN TANGAN UNTUK MAKAN: SUDUT ROHANI.

SOALAN: UNCLE MAMAK HAJI KENAPA ORANG INDIA PUN GUNA JARI JUGAK UNTUK MAKAN?. – Sheila Mani dari KL.

Bila mamak haji tulis mengenai jamu makanan dengan tangan mengikut sunnah Nabi Mohammad SAW ..ada sahabat Fb dari Agama Hindu pulak hantar pm bertanya..”kenapa pulak orang India pun perlu dan dilatih makan dengan tangan”. Adehhh pening kepala dibuatnya. Ini kerana hal makan kena jawab juga soalan sahabat ini..nasib baik tak tanya bagaimana susun makanan dalam, “thali”, Thali sejenis pingan makan yang besar hampir 18″ diperbuat dari stainless digunakan untuk hidangkan segala jenis makanan dalam satu pinggan mengikut sebuah jam. Contohnya, seperti garam diletakan pada 12:00, sebelah kiri garam pulak diletak chutney atau jeruk limau nipis dan di sebelah kanan pulak sayur-sayuran dan seterusnya. Bagi orang India makan di atas daun pisang pun ada tata-susila dan caranya, seperti basahkan dulu daun pisang sebelum dihidangkan lauk pauk. Dan susunan makanan akan ikut urutan sistem ,” Thali ” juga.

FUNGSI TANGAN SECARA ROHANI:
Tangan bukan saja digunakan sebagai organ untuk pergerakan tetapi tangan juga berkait rapat dengan “kerohanian” manusia. Dengan itu kita gunakan tangan untuk bersalam untuk mengeratkan siratul rahim..kenapa kita bersalam..kenapa perlu makan menggunakan tangan?. dalam kajian sains ayurvedic atau cara pengubatan ayurvedic yang berasal dari India beribu tahun dahulu mengatakan, tangan bertindak sebagai “pengalir/ conduit ” bagi lima elemen dalam tubuh badan yang menghubungi alam semesta. Ibu Jari mewakili – Alam semesta , Jari penunjuk mewakili – Bumi, jari hantu (tengah) mewakili Api, jari cincin mewakili – Udara dan jari keliking mewakili – Air. Maka kelima-lima tenaga ini alirkan kepada makanan yang kita makan dengan tangan dan serentak menghidupkan panca- indera kita lihat, hidu, dengar, rasa dan sentuhan untuk merasa makanan ini. Jadi dlm hidangan thalu diasingkan rasa makanan supaya mendapat tenaga maksima untuk tubuh badan. Hebat kurnia Allah SWT untuk Manusia dengan sebab itu jangan lupa baca “Bismillah” sebelum makan dan “alhamdulillah” sesudah makan..jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur…Subahana Allah.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI : AYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK HAJI

Image may be NSFW.
Clik here to view.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
AYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK HAJI (10-12 ORANG).

Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 16.
6 batang serai – 4 btg dihiris halus dan kisar. 2 btg lagi di ketuk.*
2 biji bawang labu merah sederhana besar.*
1 biji bawang dipotong hiris untuk menumis.
5 ulas bwg putih.*
15 tangkai cili kering cari haq kerinting. rebus .*
1 inci lengkuas.*
1 inci kunyit hidup.*
2 keping asam keping.
1 sudu besar serbuk ketumbar (gunakan serbuk ketumbar yang anda telah sediakan).
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil garam masala.
1 cawan santan pekat atau susu sejat.
1 btg kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 3- 4 buah pelaga, 2 bunga lawang.
garam dan gula pasir secukup rasa.
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
2. Kisar semua bahan-bahan bertanda *. Jadikan pes.
3. Masukkan minyak, bila panas masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan lawang).
4. Rempah keluarkan aromanya, masukkan pes kisaran. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
6. Perlahankan api dapur, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
7. Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah jagus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16)


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

2013 in review

RESEPI: NASI GORENG TOM YAM / “KHAO PAD TOM YUM”.

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nasi. (sila baca penyediaan nasi goreng posting mamak haji).
- 5 tangkai cili kering.
- 4 – 6 cili padi merah.
- 2 sudu besar serai dihiris. Ambil bahagian putih saja.
- 2 sudu besar lengkuas dihiris.
- 4 helai daun limau purut, dibuang tulang tengah dan dihiris.
- 2 sudu pes Nam Prik (sila baca posting mamak haji cara penyediaan).
- 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
- 1/2 cawan sayuran anda suka..lada bengala hijau dipotong dadu.
- 2 sudu besar sos ikan.
- 2 sudu besar jus limau nipis.
- 1 cawan isi daging dipotong kiub/ isi udang yang telah buang garis hitam di tengah.
- 3 sudu besar minyak masak.
- sedikit daun ketumbar, tomato, dan hirisan timun untuk hiasan.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Cara menyediakan pes cili – kerat serong cili, rebus selama 10 minit. Bila sejuk, perah cili untu keluarkan air. Tumbuk cili ini bersama dengan cili api.
2. Panaskan minyak, masukan pes cili yang telah sediakan, Nam Prik Pao, serai, lengkuas, daun limau purut dan goreng sekejap. Masukkan bawang hiris. Goreng layu bawang. Masukan sayuran goreng selama 3-4 minit.
3. Masukkan udang segar atau daging ayam dan goreng dengan api kecil. Goreng hingga masak 3/4.
4. Masukkan nasi dan besarkan sedikit api dapur. Masukkan sos ikan untuk keasinan. Jika kurang tambahkan 1/2 sudu kecil lagi sos ikan. Di akhir gorengan masukkan jus limau nipis. Goreng 1-2 minit..angkat dan hidangkan.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESEPI: PIZZA BUAT SENDIRI / HOME COOK PIZZA.

RESEPI PIZZA BUAT SENDIRI / HOME COOK PIZZA: 2 biji pizza bersaiz 10″ – 12″.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:

CARA BUAT DOH:
1. Yis dan gula satu sudu kecil digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.
2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. Buat kolam tengah tepung dan isikan adunan yis.
3. Uli tepung sehingga menjadi permukaan doh licin.
4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda.

Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi “pizza Stone”.

5. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.
6. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.
7. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar. Cara buat topping pizza..next page.
8. Sapukan tomato sos/puri dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos tomato dan cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan tomato sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Kalau guna cendawan butang dalam 2-3 biji dah cukup. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.
9. Bakar dalam suhu 230C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap. Mamak haji ada tunjukkan kuali yang digunakan dan contoh permukaan bawah pizza yang dihasilkan.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

RESIPI: QUICHE LORRAINE BERINTIKAN IKAN SARDIN:

Image may be NSFW.
Clik here to view.
QUICH
Pastry, “QUICHE” yg berasal dari Perancis ini amat di minati seperti lasagna diminati keluarga. Kali ini mamak haji cuma buat Quiche ini menggunakan inti sardin. Sebutan quiche ini dlm loghat perancis..“keesh”..walau pun seperti perkataan Jerman. Buat yg besar ..lepas itu ada baki tepung buat yang mini pulak dah..tepung cuma guna 200gm…dan sardin 1 tin, telur 4 biji, butter 100gm..sungguh mudah tak perlu jadi profesional utk buat pastry seperti ini..

RESIPI QUICHE LORRAINE BERINTIKAN IKAN SARDIN:

PENYEDIAAN PASTRY (DOH TEPUNG):

  • 200 gm tepung gandum.
  • 100 gm butter sejukbeku.
  • 1 biji kuning telur.
  • 2 sudu kecil air ais.

Cara Penyediaan:
1. Potong butter bentuk kiub kecil dan masukkan bersama dengan tepung ke dalam blender dan adunkan. Kalau tak pandai gunakan blender boleh juga secara manual (tangan) tetapi kita takut, haba dari tangan akan cepat cairkan butter. Dalam proses pastry perlu ingat ialah tekstur tepung perlu berada dalam keadaan kering.
2. Masukkan sebatian butter dan tepung dalam sebuah bekas. Bentukan kolam di tengah sebatian ini masukkan secubit garam, kuning telur dan 4 sudu kecil air ais (cold water). Adun dan bentukan doh seperti biasa. Jangan ambil terlalu lama kerana ditakuti butter akan cair.
3. Doh itu segera balut dengan pembalut plastik dan masukkan dalam freezer sementara menyediakan intinya (filling).

PENYEDIAAN INTI / FILLING SARDIN:

  • 1 tin sardin (kalau dapat isi ikan yang besar terbaik). Keluarkan ikan dan buang tulang tengah ikan. Simpan 2-3 sudu besar sos sardin. Kita perlukan sardin yang agak kering.
  • 1 biji bawang kuning holland dihiris dadu.
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili.
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 atau 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar air limau atau lemon.
  •  1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan 1 sudu besar butter dan tumis layu hirisan kiub bawang.
masukkan serbuk cili, serbuk jintan manis dan sardian bersama 2 sudu besar sos sardin. Masukkan sos cili dan garam.
2. Masaka dalam 2 atau 3 minit dan tutup api dapur. Masukkan jus lemon dan kacau serata. Filling sardin anda telah siap.

PENYEDIAAN LAPISAN ATAS/ TOP FILLING:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur dipukul rata.
  • 200 ml thick cream.
  • secubit lada hitam ditumbuk kasar.
  • 1/2 sudu kecil daun parsley kering (tidak kemestian).
  • 2 biji sausage dihiris tebal 1/2″ (tidak kemestian).
  • 1 biji bawang kuning holland dihiris bulat (tidak kemestian).
  • 1 pokok daun bawang dihiris halus – ambil yg daun saja.
  • 3/4 cawan Cheese Mozzarella.
  •  5 keping cheese cedar dicincang.

CARA-CARA:
1. Pukul telur dan juga susu heavy krim, masukkan serbuk kasar lada hitam, daun parsley dan juga daun bawang.
2. bahan – bahan lain untuk hiasan di atas.

PERINGKAT TERAKHIR PENYEDIAAN QUICHE:
1. Keluarkan doh dari peti sejuk, gelek rata dalam saiz acuam anda. kalau melekat sapukan sedikit tepung di atas. Bila dah rata dan tebal dalam 1/8″, dan letak di atas acuan anda. Guna pelapik plastik lebih mudah untuk pindahkan doh dari papa ke acuan..
2. Tekan doh itu dengan ibu jari mengikut alur pada acuan anda. doh yang berlebihan digunting lebih sedikit ketinggian acuan anda. Doh berlebihan simpan.
3. Bentukan sedikit tebal di atas doh yang berada dalam acuan supaya ia lebih menarik. Tapak doh di permukaan bawah cucuk dengan garpu untuk doh tidak gelembung semasa bakar.
5. setelah selesai segera balut dengan plastik dan simpan di peti sejuk. Simpan dalam 5 – 10 minit.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, isikan rata inti sardin yang telah disiapkan.
7. Tuang filling susu dan telur ke atas. Susun hirisan bawang bulat di atas dan di tengah isikan dengan hirisan sosej. Pre-heatkan oven pada suhu 200 darjah celsius.
8. taburkan cheese di atas suka hati anda nak bubuh berapa banyak.
9. Masukkan dalam oven dan bakar (200C) selama 40 minit. Sejukkan dan potong dan rasai lah kesedapannya ikut rasa Malaysia kita…hehehee!. Penerangan mamak haji yang panjang sebenarnya senang buatnya. Ini untuk orang pertama sekali buat pastry. Yang dah mahir jangan bosan yea..


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

PROSES PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG LAZAT.

CARA MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG:
Walau pun goreng ayam ini mudah tetapi nak dapatkan hasil yang baik banyak muslihatnya. Ayam yang di goreng perlu garing rangup diluar tapi di dalamya isi perlu lembut dan berjus..bila koyak isi ayam, jus ayam akan menitik..ini lah dikatakan gorengan yang terbaik. Mahir dalam gorengan ayam bukan saja perlukan teknik tetapi perlu memahami ilmu sains dibelakangnya.

Apabila bahan gorengan dimasukkan dalam minyak yang panas (350 – 370 darjah F), permukaan luar bahan gorengan mula dehyderasi (kering) dan dengan reaksi berantai “Maillard” kandungan gula (karbohiderat) dan protein mula pecah untuk membentuk rasa rasa yang kompleks dan warna mula bertukar kepada warna perang keemasan.

Bahagian luaran gorengan bertukar menjadi perang (hitam) amat cepat kerana minyak mula bertindak pantas dengan membentuk kerak (crust) di permukaan luar bahan goreng untuk mengalirkan haba untk isi didalamnya untuk masak. Haba yang dihasilkan ini akan menyebabkan kanji (starch) kepada gelatin, dan protein akan berubah dari bentuk asal semulajadi.

Menstabilkan suhu minyak adalah kunci utama dalam goreng. Sekiranya suhu minyak jatuh, kerak diluar lambat membentuk dan minyak mula meresap dan gorengan menjadi berminyak. Sekiranya minyak terlalu panas kerak akan terbakar dan isi didalam tak masak sempurna.

Dalam penyediaan ayam goreng ini, langkah yang paling penting ialah  Marinating / Perap , Seasoning / Perasa dan Coating/salutan. Ini adalah perkara yang asas dalam gorengan ayam.

1. PERAP / MARINATE: 

Maksud marinate adalah tambahkan rasa dan lembutkan daging.

Perapan yang terbaik bergantung kepada:

  1. Keadaan Acidity.
  2. Kuantiti garam yang digunakan.
  3. Minyak dalam perapan.
  4. keadaan fizikal daging itu sendiri – termasuk keluasan kawasan permukaan daging yg ingin diperap, cara pemotongan, ketebalan daging dan berat daging.
  5. Kesemua di atas ini bergantung pada jangka masa perapan.

Marinate yang terbaik yang seimbang mempunyai ramuan asid, perencah, garam dan minyak masak. Ini asas untuk marinate isi ikan, ayam atau daging.

  • Ramuan Asid: Seperti jus buah-buahan limau nipis dan lemon, cuka, yogurt, susu butter dan lain-lain. Asid ini lembutkan daging dan juga berikan perasa yg baik.
  • Ramuan Perencah: seperti – herba, kicap, mustard dan gula. Perencah ini menyedapkan hasil gorengan anda.
  • Ramuan Garam: Garam berfungsi sebagai pembawa kelembapan(moisture)dari perencah kepada keseluruhan daging itu. Kuanti garam ini berubah mengikut masa perap (marinate) yang diperlukan. Kalau cepat lebihkan garam kalu lama kurangkan garam.
  • Ramuan Minyak Masak: Minyak yang takat berasap yang tinggi (smoke) perlu digunakan untuk marinate. Minyak kelapa sawat Felda adalah terbaik. Minyak akan memberi kelembapan pada daging semasa proses goreng atau masak.

2. PERASA AYAM GORENG:

Berbagai-bagai perasa digunakan dalam penyediaan ayam goreng ini. Perasa yang paling popular ialah perasa ayam goreng KFC dan perasa rempah ayam goreng mamak. Dalam posting yang lepas mamak haji telah terangkan dan berikan resepi kedua-dua cara ayam goreng ini. Cuma mamak haji nak tambah sedikit untuk perasa daging ayam itu sendiri. Perasa salutan di luar dan perasa daging ayam itu sendiri berbedza. Dalam salutan diluar kita boleh menyedapkan gorengan ayam itu dengan berbagai-bagai resepi tetapi bagaimana pula isi ayam?.  Jika isi ayam tawar, hasil goreng ayam kita tak sedap juga. Cara mamak haji nak sedapkan daging ayam paling mudah. Mamak Haji biasanya rendamkan ketulan ayam itu dengan air garam ditambah MSG (Aji No Moto). kalau direndam untuk 1 kg ayam biasanya 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar MSG selama dua jam dan selepas dua jam rendaman dibuang airnya, dibasuh balik dan d itoskan sebelum goreng. Untuk rasa berempah mamak haji adunkan pes halia bawang putih bersama rendaman itu.

3. SALUTAN TEPUNG ATAU BATTER.
Batter bermaksud tepung + air, yang ditambah perasa dan dicelupkan ketulan ayam atau ikan sebelum ia di goreng. Bahan utama untuk batter ialah tepung gandum yang kurang gluten. Gluten berperanan utama dalam menentukan kualiti gorengan anda. jadi anda perlu tepung protein rendah..tepung I Malaysia..bukan tepung yang perkaya dengan Protein.Batter ini akan menyebabkan crust (kerak) dibentuk di luaran ketulan ayam lebih keras, ranggup.

Tapi ingat tepung gandum saja tidak akan mengekalkan rangupan bila mulai gorengan menjadi sejuk. Ini disebabkan batter yang anda saluti itu akan mengekang wap air dari ketulan ayam keluar atau sejat. Wap air akan melembikkan gorengan anda. Maka untuk membuat ruang untuk wap air bebas..kita gunakan serbuk penaik / “Baking Powder”. Faham yea?. Apa tujuan baking powder dalam tepung goreng ayam. Kalau anda inginkan crust yang kasar dan mengerutu boleh gunakan soda masakan. Kerana ruang rongga udara soda dihasilkan lebih besar dari baking powder cuma ia tak dapat kekakan ruangan dan perlu gunakan baking powder juga bersama.

Tepung gandum seperti mamak haji kekurangan dari segi kekenyalan crust..dengan itu kita perlu gunakan tepung beras dan agen kanji seperti tepung jagung atau tepung sagu..tepung sagu murah sedikit. Tepung beras cari yang asli kini tepung beras biasanya diblended dengan tepung jagung. Sekiranya ingin lembut sedikit crust boleh gunakan tepung jagung lebih baik. Tepung jagung atau tepung sagu ata tepu ubi kayu cuma ajen untuk kanji supaya batter melekat. Tentang melekat dengan ketulan ayam ini ada satu masalah…biasanya kita perlu ditepungkan (kering) kering ketulan ayam untuk digoreng dulu supaya air berlebihan di luar permukaan ketul ayam di diserap baru masukkan dalam batter. Ia sama seperti goreng udang atau sotong. salut tepung dulu sebelum masukkan dalam batter dan goreng. Isu ini mamak haji akan sentuh bila berikan resepi ayam goreng nanti…

Nisbah percampuran tepong ini ikut mamak haji begini..batter kering bermakna tepung 85% , tepung kanji (jagung) 10%, garam 2%, bahan perasa (seasoning) 2% dan sodium bicarbonate 1%. Tepung gandum X1 + Tepung Beras X 2 + Tepung Sagu X3 = 1. Faham dak..ini untuk orang nak buat berniaga ayam goreng sejukbeku. Suri rumah tak perlu bimbang denga kiraan mamak haji ini..

TIP-TIP MUDAH UNTUK GORENG AYAM:

Image may be NSFW.
Clik here to view.
aram goreng berempah 'ala mamak.

aram goreng berempah ‘ala mamak.


1. Size potongan ayam perlu sama. Sekira ingin goreng kepak, masukan cuma kepak-kepak saja. Kalau nak goreng peha cuma masukkan peha.
2. Goreng ayam dengan pot yang dalam (tinggi) untuk goreng yang banyak. Ini akan jimatkan minyak kerana minyak tidak terdedah dengan oksigen. Isi minyak cuma 1/3 bahagian saja.
3. Perlu dapatkan sebuah jangkasuhu (thermometer) untuk menentukkan suhu gorengan sentiasa stabil. Kalu minyak anda terlalu panas masukkan minyak baru sedikit untuk suhu minyak turun.
4. Selepas goreng tentukan sekurang-kurang 10 minit berada di tapisan minyak atau diatas kitchen towel.
5. Sekiranya hasil ayam goreng lama berada diluar sebelum hidangan masukkan dalam oven yang telah panaskan 200 F.
6. Apabila gorengan pertama dikeluarkan jangan terus masukkan gorengan kedua..tunggu untuk minyak menjadi panas.
7. Awas dengan minyak panas..minyak panas bahan mudah terbakar.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Viewing all 141 articles
Browse latest View live