Assalamualaikum, mamak haji mohon maaf kerana lama up-date blog ini. Seperti biasa kesihatan mamak haji semakin merosot. Walau bagaimana bila sihat tetapi bila dah pulih seperti ini, Insyallah, mamak haji akan terus berada dengan anda semua. Banyak e-mail mamak haji tak dapat balas dan kebanyakan e-mail adalah memohon resepi mengikut kuantiti besar untuk perniagaan. Mamak haji faham kesulitan bila masak masakan dalam kuantiti besar bukan mudah untuk pertama kali kerana banyak andaian akan bermain dalam kepala kita. Lagi pun kuantiti besar ini bukan boleh main-main seperti kita menonton program masakan dalam tv. Dengan memikirkan semua ini, mamak haji telah membuka akaun Facebook untuk interaksi secara spontan dengan anda semua. Boleh masuk chat dengan mamak haji tentang masakan nasi kandar atau sebarang masalah yang perlu ingin tahu mengenai sesuatu resepi atau pun masalah perniagaan. Akaun facebook mamak haji ialah :Mamak Haji. Jadi cepat-cepatlah “friend” dengan mamak haji..hahahaha!. macam kelaku budak-budak pulak dah mamak haji tua kerepot ini.
Sebelum kita ke resepi menu kantin, kita perlu memahami cara perniagaan di kantin yang tidak sama dengan perniagaan makanan diluar. Perniagaan kantin perlukan resepi-resepi yang bersesuain dengan pekerja permis anda berniaga. Kantin sekolah tidak sama menu dengan menu kantin pejabat, menu kantin pejabat pula tidak sama dengan menu kantin kilang. Banyak Kali mamak haji akan menulis tentang, “perniaagan kantin kilang”. Banyak juga mamak haji posting tentang perniagaan kantin diblog ini. Cuma cara menullis mamak haji tentang sesuatu perkara bertabur di sana-sini seperti lepas makan passembur tersembur keluar kacang bila bercakap. Mamak haji tidak mahu menulis resepi-resepi untuk aggaran pekerja yang beribu-ribu di kantin kilang walau pun mamak haji kendalikan sehingga 7 ribu pekerja. , itu untuk katerer kantin yang sudah profesional. Boleh lantik cef untuk lakukan semua itu. Resepi mamak haji kali ini ialah untuk peniaga yang baru mencuba untuk berniaga dengan anggaran pekerja 100 -300 org. Bagi orang baru ingin mencuba nasib dalam perniagaan kantin ia akan banyak membantu. Masalah besar dalam perniagaan kantin sekarang ialah yang pertama selera pekerja dan juga pekerja-pekerja impot seperti Indonesia, Bagladesh, Nepal, Burma, Vietnam. Betul kah dia orang kata pekerja-pekerja ini ada my kad dan undi. Ada saja orang politik kita ini. Selera dan resepi mereka tidak sama. Dalam pada itu kilang juga tidak kurang mempunyai pekerja tempatan seperti orang Melayu, Cina dan India. Jadi masalah akan timbul kalau punyai pekerja campuran dalam memilih menu tempatanyang kita sememangnya mahir. Maka dengan sebab ini, menu kita sentiasa perlu diterima baik oleh semua pekerja kilang tersebut. Kalau tidak ada sambutan pekerja kilang, perniagaan kita akan terjejas.
Satu lagi perkara penting dalam perniagaan kantin kilang ialah, kita tidak boleh keluarkan menu yang sama setiap hari. Menu masakan setiap hari perlu berubah kecuali seperti ayam goreng atau nasi putih. Rehat sat…adakah kali ini mamak haji nak beri resepi atau pun berceloteh memanjang mengenai perniagaan kantin ini?. Takat resepi banyak berlambak di internet noo, tapi ilmu perniagaan tentang kantin kurang, jadi mamak haji rasa kita sembang pasal perniagaan kantin dari pengalaman mamak haji sendiri. Tujuan asas diadakan kantin di kilang ialah, majikan punyai komitmen untukmenjaga pekerjanya mendapatkan rehat, makanan yang bersih dan berzat untuk pekerjanya dengan harga yang berpatutan. Harga berpatutan dengan harga murah dua perkara yang berlainan. Ia seperti omputih kata, “give and take”, maka maksud tugas majikan ialah menyediakan tempat rehat yang baik untuk pekerja rehat dalam tempoh masa rehat kerja biasanya ialah bangunan kantin yang sempurna dari segi cahaya, pengedaran udara, kerusi-meja makan dan suasana. Komitmen tentang makanan bersih ialah majikan perlu sediakan tempat masak yang sempurna untuk katerer yang dilantik, punca air yang bersih, pantau cara penyediaan makanan oleh katerer dan juga cara hidangan seperti bainemerry dan lain-lain. Mamak haji sebutkan juga tentang komitmen majikan tentang harga makanan yang berpatutan untuk pekerja. Bagaimana harga yang berpatutan boleh diberikan oleh katere kantin?. Dalam hal ini majikan dan katerer buat perjanjian bersama mengenai harga yang ditawarkan mengikut perjanjian majikan dengan tawaran pemberian subsidi seperti berupa wang tunai, kupon atau kemudahan seperti gas masak, air, letrik, tempat tanpa sewa, peralatan masak dan hidangan. Ia lebih kurang seperti subsidi minyak petrol yang diberikan oleh kerajaan. Kalau kerajaan ingin nak naikan harga petroleum, dia cuma akan kata, subsidi dikurangkan, maka rakyat pun gembira harga tak naikan kerajaan tapi cuma subsidi yang kurangkan. Esok pagi isi minyak kereta, biasa isi RM50.00 meter dashboard tunjukkan setengah tank, tapi ini tak sampai setengah tank. Orang macam tak tahu, harga dah naik, dia pun pii sembang dengan kawan, “lain kali awak janagan isi minyak kat stesyen minyak anu tau, kerana dia tipu kita, teka nozel cuma angin saja keluar”…hahaha!. Bagi dia masih kerajaan yang betul yang salah dan tipu itu taukeh pam minyak. Malam nanti dia pun bukak berita tv3, maka wartawan pun interview pelangan di stesyen pam minyak, “apa pandangan encik tentang subsidi kerajaan untuk minyak dikurangkan?”. Pelangan itu pun menjawab, ” kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung-jawab tentang alam sekitar perlu kurang memakai kereta, kita perlu kongsi kereta ke pejabat. Langkah kerajaan kurangkan subsidi ini adalah sangat baik, kerana orang kaya saja mampu pakai kereta, baik kerajaan salurkan wang subsidi ini kepada fakir miskin”. Yang tengok berita ini pun lopong..dalam hati dia berkata, “betul apa!”. Dia tak tahu pelangan itu bukan pelangan tapi pelakon tambahan yang membaca skrip yang telah disediakan. Apa pulak pasal subsidi kantin mamak ke subsidi minyak..hahaha!. Kalau tentang subsidi gula ok apa. Gula dinaikan harga kerana ramai orang Malaysia menghidap kencing manis. Kalau mahal orang pakai kurang. Mamak jual Teh tarek harga teh tarek naik harga secawan tapi teh jadi kurang manis, kalau tanya, “oi mamak ini teh tarek kah, air longkang lepas hujan?”. Dia pun selamba menjawab, “encik, kerajaan suruh kurangkan manis, lebihkan senyuman manis encik!”.hahaha betul apa?.
Oklah mamak tutup kali ini, kita sambung esok OK. Nanti mamak haji mengarut pasal Geng Mamak Pulau Pinang buat Perhimpunan Black-out digantikan dengan orang pakai baju hitam pulak dah!. Betul jugakan orang kata, “hitam itu menawan”. Jangan lupa kita ke Facebook lepas ini yea..mudah saja page Mamak Haji. Wassalam.
