Assalamualaikum, hari ini sibuk sikit layan sahabat-sahabat dari fb, Cara guna fb lebih mudah sedikit dari menulis diblog. Dengan ini mamak haji mohon sila addkan mamak haji sebagai rakan di facebook anda. Dalam siri kedua ini mamak haji berikan resepi Ayam Masak Halia bersoskan kicap. Menu ini adalah dalam kategori masakan cina yang termasyor. Resepi ini gunakan ketuhar (oven) tetapi kalau payah sangat boleh juga gunakan kuali leper dengan api yg sederhana untuk masak resepi ini. Sekiranya resepi ini menggunakan ikan kerana mungkin ada yang tak suka makan ayam boleh juga gunakan ikan kayu atau di selatan digelar ikan tongkol atau ikan bawal yang bersaiz sederhana. Cuma ikan-ikan ini perlu digoreng dulu seperti kita buat sambal pedas ikan tongkol. Resepi ini sudah pasti anak-anak anda amat gemarkan kerana rasa kicap yg berlemak dengan haruman halia yang sangat menyelerakan sekiranya dimakan dengan nasi panas. Seperti kita ketahui halia adalah khasiat herba semulajadi yang terbaik untuk tubuh badan manusia. Resepi ini amat mudah dan gunakan bahan yang paling minima. Jangan lupa mencubanya..terutamanya untuk ibu-ibu yang dalam pantang lagi, tambahkan menu ini dalam senarai resepi pantang jumpa anda.
RESEPI AYAM MASAK HALIA BERSOS KICAP.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- Seekor ayam yang telah bersihkan beratnya 1.5kg – 1.8kg. Potong 1o bahgian dan tentukan dadah ayam itu dibelah dua untuk masak sekata dengan bahagian-bahagian lain semasa membakar. Dada yang kalau tebal memerlukan masa yang lama dari bahagian lain.
- 1/2 cawan atau lebih kurang 25 ml kicap pekat.
- 1/4 cawan gula merah(gula merah atau gula hitam burma yang kehitaman), Cairkan dan tapis gula merah ini kerana kebanyakan bungkusan gula ini sengaja dibasahkan dan diadun dengan kandungan pasir oleh pembungkus yang tidak bertanggung jawab yang cuma mencari keuntungan.
- 5 tbsp halia yang dihiris halus memanjang seperti size batang mancis ( Ini ada yang tak pernah jumpa batang mancis?).
- 5 ulas bawang putih dicincang halus, ingat dalam masakan cina bawang putih perlu dicincang halus. Biasanya ketuk bawang putih ini sampai leper dan cincang lebih mudah.
- 1 tsp atau sudu teh serbuk lada hitam kasar. Beli biji lada hitam dari kedai mamak dlm RM2.00 kisar kasar dan simpan. Banyak tu..
- 1 tbsp kicap ikan (untuk tambah kemasinan kalau kurang kemasinan sos).
- 2-4 tsp minyak bijan (seasame oil).
CARA-CARA MASAK:
- Bersihkan ketulan ayam dan susun permukaan kulit ke atas dalam sebuah bekas pembakar yang muat dalam ketuhar anda. Jangan tindihkan diantara satu sama lain ketulan ayam itu dalam bekas pembakar.
- Bancuh bahan-bahan yang telah disebuttkan dan tuang ke atas ketulan ayam. Balut bekas itu dan membiarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam didalam peti sejuk anda.Keluarkan perapan ketulan ayam.
- Tentukan ketuhar/ oven telah dihidupkan dan laraskan suhu oven anda pada 220 C. Bila suhu oven telah tercapai pada 220C , masukan bekas pembakar ke dalam oven anda. Laraskan masa kepada 40 minit. Tentukan bekas pembakar bearada di tengah ruang ketuhar.
- Dalam masa 40 minit tempoh bakar itu, pada 20 minit kedua terbalikan ketulan ayam dalam bekas. Dan teruskan pembakaran (grill). Pada akhir masa pembakaran 40 minit dengan suhu 220C tamat. Terbalikan semula ketulan ayam berkulit ke atas. Hidupkan kembali oven anda, larskan semula masa kepada 10 minit dengan melaraskan tambahan suhu pada 250C untuk mendapatkan pembakaran sedikit hangus pada permukaan kulit atas ketulan ayam. Ia cuma mencantikan produk kita.
- Anda boleh hidangkan dipingan hidangananda dengan daun bawang yang dipotong dua inci panjang sebagai hiasan. Selamat mencuba. Kalau ada pertanyaan boleh e-mamak haji : Mohd.roslan99@gmail.com atau akaun facebook: Mamak Haji. Selamat mencuba.
